BERITA TERKINI   Sukan SEA 2025: Atlet lontar peluru wanita negara Nani Sahirah Maryata cipta kejutan rangkul emas, pecah rekod kebangsaan dengan catatan 16.36 meter | Ringgit ditutup dengan terus melonjak, mencecah 4.09 berbanding dolar AS - paras paling kukuh dalam tempoh empat tahun dan tujuh bulan | MCMC peruntuk dana RM310 juta bangunkan infrastruktur kesalinghubungan inisiatif Bandar Pintar Negeri Melaka - Fahmi  | Belanjawan Sabah 2026: Penjawat awam negeri terima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 - Masidi | Belanjawan Sabah 2026 catat belanjawan lebihan RM28 juta – Masidi Manjun | 

Lagenda Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Pada Suku Pertama Kepada RM44.58 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Lagenda Properties Bhd meningkat kepada RM44.58 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 (S1 2025) daripada RM42.72 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan bagi suku tersebut turut meningkat kepada RM264.40 juta berbanding RM225.62 juta tahun ke tahun, didorong oleh pengiktirafan hasil yang lebih tinggi daripada pembangunan yang sedang dilaksanakan, termasuk Darulaman Lagenda di Sungai Petani (Kedah) dan Lagenda Ardea di Ulu Bernam (Selangor).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu berkata jualan yang disahkan bagi S1 2025 mencecah RM252 juta, didorong oleh permintaan kukuh di  La’ Indera di Kuantan, Pahang dan Puncak Warisan di Kota Tinggi, Johor.

“Sehingga Mac 2025, jualan tidak dibilkan berjumlah RM898.9 juta, disokong oleh tempahan tertunggak sebanyak RM268.8 juta, sekali gus menyediakan kejelasan perolehan yang kukuh bagi suku akan datang,” katanya.

Pengarah Urusan Datuk Jimmy Doh berkata baru-baru ini kumpulan itu melancarkan fasa pertama perbandaran mampu milik seluas 404.69 hektar di Kulai, Johor.

“Sambutan awal yang kukuh membuktikan permintaan berterusan bagi rumah bertanah mampu milik di lokasi yang dirancang dengan baik dan baru muncul,” katanya.

Doh berkata kumpulan itu telah menggandakan sasaran pelancarannya kepada 8,000 unit tahun ini daripada 4,000 unit berikutan permintaan berterusan untuk perumahan mampu milik.

-- BERNAMA