2hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Aktiviti belian di saat-saat akhir memacu peningkatan indeks utama Bursa Malaysia yang mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi, sekali gus mengatasi penyusutan awal ketika lonjakan harga minyak merangsang sentimen bagi kaunter saham berkaitan tenaga dan kimia.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah hari ini berikutan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.
2hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Paras harga minyak melonjak lebih US$120 setong pada Khamis selepas Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Iran bahawa sekatan tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz mungkin berlanjutan sehingga beberapa bulan.
2hari ago
GEORGE TOWN, 30 April (Bernama) -- Pulau Pinang masih tidak memerlukan penyediaan belanjawan tambahan memandangkan kedudukan kewangannya masih kukuh ketika ini meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini, dengan aktiviti jualan dilihat di kaunter utiliti, perkhidmatan kewangan dan teknologi.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pakatan OPEC+ dijangka tidak memberi kesan ketara terhadap pergerakan harga minyak global yang kini lebih dipacu faktor geopolitik.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Apex Securities menjangkakan gandingan dolar AS/ringgit akan diniagakan pada julat 3.95-4.05 dalam tempoh terdekat.
2hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tidak menentu pada awal dagangan dengan sentimen pelabur berhati-hati berikutan ketidaktentuan luaran, termasuk ketegangan di Asia Barat dan harga minyak yang tinggi selepas tindakan mengejut Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dan bercampur-campur berbanding mata wang lain berikutan sokongan daripada harga minyak yang tinggi diimbangi oleh pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu dan pendirian berhati-hati susulan keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.
3hari ago
KOTA KINABALU, 29 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji keperluan melaksanakan subsidi bersasar sebagai usaha membantu sektor yang terkesan akibat kenaikan harga minyak global, kata Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Masidi Manjun.
3hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup tinggi hari ini, didorong jangkaan mengenai bekalan minyak yang lebih terhad berikutan wujud kebimbangan bahawa pengeluaran minyak sawit Indonesia mungkin menyusut tahun ini, kata penganalisis.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Permintaan global bagi kargo udara antarabangsa yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK) susut sebanyak 4.8 peratus pada Mac tahun ini berbanding tahap pada Mac 2025 (-5.5 peratus untuk operasi antarabangsa), menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).