BERITA TERKINI   Kerangka perkongsian awam-swasta di bawah RMK-13 akan diperkukuh antaranya sedia perumahan mampu milik, pembangunan semula bandar - Mohd Shahar | Sukan dan olahraga strategi penting angkat martabat rakyat dan negara - PM Anwar | Kerajaan bercadang menstruktur semula sektor pembinaan melalui kajian pembaharuan merangkumi seluruh kitaran hayat projek - Mohd Shahar | Projek selari dengan keutamaan serantau dan menunjukkan pulangan sosial dan alam sekitar yang jelas akan terima sokongan kukuh kerajaan - Mohd Shahar | ASN 2025: Pemain badminton beregu campuran Toh Ee Wei dinobat sebagai Olahragawati Kebangsaan | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah hari ini berikutan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh prospek dasar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang cenderung kepada kadar faedah tinggi.

“Fed mengambil pendekatan berhati-hati apabila ia mengekalkan kadar faedah yang stabil, dengan Pengerusi Jerome Powell mengingatkan bahawa risiko inflasi kekal tinggi dalam kenaikan harga tenaga dan tiga penggubal dasar tidak bersetuju mengenai kecenderungan dasar pelonggaran bank pusat itu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penurunan seterusnya dikekang oleh harga minyak mentah yang tinggi.

“Harga minyak meningkat pada Khamis susulan laporan bahawa AS sedang mempertimbangkan potensi tindakan ketenteraan terhadap Iran bagi memecahkan kebuntuan dalam rundingan untuk menamatkan perang.

“Ini meningkatkan kebimbangan mengenai lebih banyak gangguan bekalan terhadap eksport Asia Barat yang telah pun terhad,” katanya.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent naik 2.75 peratus kepada US$121.3 setong. 

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 menurun 0.5 sen kepada 859 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan tiga sen kepada 751 sen sekilogram.

-- BERNAMA