2hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 4 September, 2025.
3hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar US hari ini apabila para peniaga mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data perbelanjaan penggunaan peribadi Amerika Syarikat (AS) malam ini.
3hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Jumaat, menjejaki pergerakan menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Nilai ringgit diunjur mencecah paras 4.27 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025 susulan peningkatan kecil pengukuhan mata wang negara maju itu selain pengurangan sokongan daripada akaun dagangan Malaysia.
3hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan ramai pelabur beralih kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun selepas jangkaan meningkat mengenai penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) bulan depan dan menjelang laporan inflasi AS dikeluarkan hari ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki peningkatan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.
3hari ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BUSAN, 28 Ogos (Bernama) -- Mesyuarat dua hala Malaysia dengan beberapa anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) APEC ke-15 membuahkan hasil di samping saling bertukar maklumat dan meneroka kerjasama masa depan dalam pelbagai bidang tenaga.
4hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Ringgit menamatkan penurunan dua hari berturut-turut untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan peningkatan jangkaan mengenai pengurangan kadar faedah di AS bulan depan, dan menjelang laporan penting mengenai inflasi AS esok.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- RHB Bank Bhd menjangkakan margin faedah bersihnya (NIM) berada dalam lingkungan 1.80 dan 1.83 peratus bagi tahun kewangan 2025.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Peralihan kepada projek industri terutama pusat data mengukuhkan nilai perolehan kontrak pembinaan IJM Corporation Bhd dan meletakkanya di landasan pertumbuhan mampan dengan menyasarkan nilai perolehan kontrak pembinaan baharu sehingga RM8 bilion tahun ini.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) mencatatkan penurunan yang lebih perlahan sebanyak 3.8 peratus pada Julai 2025 berbanding kemerosotan 4.2 peratus dalam bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mendatar atau tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur terus menunggu pemangkin baharu menjelang pengumuman data inflasi negara maju itu.