BERITA TERKINI   Verdant Solar Holdings mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 37 sen, premium enam sen daripada harga IPO pada 31 sen | KPM sedang dalam proses menggubal semula peraturan disiplin murid dan meneliti Sistem Sahsiah Diri Murid untuk ditambah baik | 600 Pembantu Warden Asrama Sepenuh Masa daripada personel MySTEP akan dilantik bagi tingkat pemantauan keselamatan murid - KPM | Seramai 10,096 guru baharu, termasuk lebih 500 Guru Bimbingan dan Kaunseling akan ditempatkan di sekolah seluruh negara pada November 2025. | KPM memperuntukkan tambahan RM5 juta bagi pemasangan CCTV di sekolah yang telah dikenal pasti di seluruh negara | 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Jumaat, menjejaki pergerakan menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. 

Peniaga itu berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh sikap berhati-hati dalam kalangan peniaga sambil mereka menunggu indeks inflasi utama Amerika Syarikat (AS), yang dijangka dikeluarkan lewat hari ini, untuk isyarat lanjut mengenai prospek kadar faedah AS.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan berterusan mengenai kekurangan bekalan getah asli berikutan cuaca hujan di negara pengeluar,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, peniaga berkata niaga hadapan getah Jepun merosot pada Jumaat dan dijangka mengakhiri minggu ini dengan lebih rendah, di tengah-tengah lebihan bekalan dan permintaan menurun secara bermusim.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 menyusut 9.5 sen kepada 743.50 sen sekilogram manakala lateks pukal berkurang 3.0 sen kepada 569.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA