BERITA TERKINI   Cuaca panas berterusan: IPTA dibenarkan buat keputusan laksanakan PdP secara dalam talian - Zambry | Polis belum terima laporan dakwaan Victor Chin berkaitan Ahli Parlimen minta bayaran RM10 juta bagi bantu selesai isu manipulasi korporat - Bukit Aman | Capital A lantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 6 April | Capital A sedang teroka potensi dwipenyenaraian di Hong Kong pada suku ketiga 2026, dan teruskan rancangan untuk senaraikan AirAsia NEXT di Amerika Syarikat menjelang akhir tahun - Tony Fernandes | Capital A sasar keluar daripada status PN17 selepas catat untung empat suku tahunan berturut-turut - Tony Fernandes | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Menjejaki Kenaikan Di COMEX AS

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki peningkatan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.  

Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan Ogos 2025 meningkat kepada US$3,402.30 setiap auns troy daripada US$3,384.60 pada Rabu. 

Kontrak September 2025 menambah kepada US$3,407.70 daripada US$3,390.0 setiap auns troy ketika ditutup semalam, Oktober 2025 naik kepada US$3,437.20 daripada US$3,419.50 setiap auns troy, dan November 2025 menokok kepada US$3,454.30 daripada US$3,436.30 setiap auns troy sebelumnya. 

Kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$3,474.40 setiap auns troy berbanding US$3,456.70 setiap auns troy pada Rabu.

Jumlah dagangan melonjak kepada 18 lot daripada empat lot semalam, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 49 kontrak berbanding 36 kontrak sebelumnya. 

Harga emas fizikal berada pada US$3,376.35 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 27 Ogos. 

-- BERNAMA