BERITA TERKINI   Sukan SEA 2025: Pemain snuker negara Thor Chuan Leong menang pingat emas acara 6-Red perseorangan lelaki | Sukan SEA 2025: Atlet lontar peluru wanita negara Nani Sahirah Maryata cipta kejutan rangkul emas, pecah rekod kebangsaan dengan catatan 16.36 meter | Ringgit ditutup dengan terus melonjak, mencecah 4.09 berbanding dolar AS - paras paling kukuh dalam tempoh empat tahun dan tujuh bulan | MCMC peruntuk dana RM310 juta bangunkan infrastruktur kesalinghubungan inisiatif Bandar Pintar Negeri Melaka - Fahmi  | Belanjawan Sabah 2026: Penjawat awam negeri terima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 - Masidi | 

Ringgit Mendatar Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mendatar atau tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur terus menunggu pemangkin baharu menjelang pengumuman data inflasi negara maju itu.

Pada 8 pagi, ringgit kekal pada 4.2335/2365 berbanding dolar AS yang menyamai paras semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka bergerak dalam julat 4.22 hingga 4.24 hari ini, didorong oleh kemungkinan berlakunya aktiviti pengambilan untung ketika peniaga bimbang dengan data laporan perbelanjaan penggunaan AS yang diumumkan esok.

“Pengerusi Bank Rizab Persekutuan Richmond Tom Barkin berkongsi jangkaan berlakunya pelarasan kadar faedah yang sederhana dalam mesyuarat akan datang,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, sesi awal urus niaga juga menyaksikan ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ini termasuk susut berbanding euro kepada 4.9312/9347 daripada 4.9058/9093 pada Rabu, turun berbanding yen Jepun kepada 2.8737/8759 daripada 2.8591/8611 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.7169/7210 daripada 5.6890/6930.

Unit tempatan itu juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN lain, termasuk susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2940/2966 daripada 3.2843/2869 semalam dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0631/0784 daripada 13.0330/0474.

Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina dan rupiah Indonesia iaitu masing-masing pada 7.40/7.41 dan 258.6/258.9.

-- BERNAMA