BERITA TERKINI   Piala Uber: Malaysia 4 Afrika Selatan 0: Ong Xin Yee-Carmen Ting menewaskan Johanita Scholtz-Amy Ackerman 21-16, 21-14 | Liga Super: Penang FC 0-0 Sabah FC | Piala Dunia Berbasikal Trek 2026: Azizulhasni Awang raih gangsa acara pecut individu lelaki | Piala Uber: Malaysia 1 Afrika Selatan 0: K. Letshanaa menewaskan Johanita Scholtz 21-6, 21-10 | 

Terdapat 341 berita berdasarkan kata kunci carian " terbitan"

90 Peratus Pemain Industri Jangka Gangguan Rantaian Dalam Tempoh Dua Minggu — FMM

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Tinjauan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mendapati 90 peratus daripada lebih 200 responden menjangkakan gangguan rantaian bekalan dalam tempoh dua minggu akan datang disebabkan konflik Asia Barat.

Guna Tenaga Secara Berhemat, Optimum Kos Operasi Depani Krisis Tenaga Global - Petronas

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Penggunaan tenaga secara lebih berhemat, mengoptimumkan kos operasi melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pengurusan kewangan yang teliti adalah teras utama yang perlu diamalkan dalam mendepani cabaran krisis tenaga global yang semakin meruncing.

TNB Cadang Program Sukuk RM10 Bilion Dengan Tempoh 50 Tahun

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengemukakan program nota jangka sederhana Islam (sukuk wakalah) dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Kualiti Kredit Pinjaman Perniagaan Meningkat, Kata BNM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kualiti kredit pinjaman perniagaan secara keseluruhannya meningkat tanpa perbezaan trend yang ketara merentas segmen dan sektor dengan bahagian pinjaman terjejas dan pinjaman yang menunjukkan peningkatan risiko kredit perniagaan bertambah baik, masing-masing kepada 2.8 peratus dan 10.7 peratus.

Akta Khusus BNPL Lindung Pengguna Terutama Generasi Muda Daripada Bebanan Hutang

​​​​​KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Penggubalan satu akta khusus berkaitan skim ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) adalah penting untuk melindungi pengguna terutama generasi muda daripada bebanan hutang yang tinggi.

Tenaga Solar Mampu Jadi Alternatif Penjanaan Elektrik Susulan Konflik Di Asia Barat

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Tenaga solar kini menjadi alternatif penting untuk penjanaan elektrik bagi menggantikan penggunaan minyak, gas dan arang batu yang terhad susulan konflik di Asia Barat pada masa ini.

George Kent Terbit Sukuk RM80 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- George Kent (Malaysia) Bhd telah mengumumkan terbitan sukuk berjumlah RM80.0 juta dalam nilai nominal berdasarkan program sukuk wakalahnya.

Golden Destinations Sasar Kumpul RM90 Juta Daripada IPO Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kurator pengalaman pelancongan luar negara perkhidmatan penuh, Golden Destinations Group Bhd, menyasar untuk mengumpul RM90 juta melalui tawaran awam awal (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 16 April, 2026.

MTTSL Sasar IPO RM652.5 Juta, Penyenaraian Logistik Terbesar Sejak Westports

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pengendali perkapalan kontena, MTT Shipping and Logistics Bhd (MTTSL), merancang untuk mengumpul RM652.5 juta melalui terbitan awam sebanyak 633.5 juta saham biasa baharu.

Empire Premium Food Bakal Disenarai Di Pasaran Utama Sasar Kumpul RM152.6 Juta Menerusi IPO

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Syarikat makanan dan minuman Empire Premium Food Bhd menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM152.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 17 April 2026.

SMRT Holdings Sasar Pindah Penyenaraian Ke Pasaran Utama Menjelang Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- SMRT Holdings Bhd bercadang untuk memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd menjelang suku ketiga 2026.