BERITA TERKINI   Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera baharu berkuat kuasa 1 Feb - Mohamed Khaled | 

Terdapat 933 berita berdasarkan kata kunci carian " sawit"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Dijangka Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menamatkan penurunan pada sesi sebelumnya berikutan pasaran menjangka pengeluaran meningkat dengan kadar lebih perlahan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengukuhan Ringgit

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, terjejas susulan pengukuhan ringgit yang mungkin mengurangkan permintaan minyak sawit Malaysia dalam masa terdekat.

Penangguhan EUDR Kurangkan Tekanan Pematuhan, Sokong Eksport Minyak Sawit - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Cadangan penangguhan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) akan membantu mengurangkan tekanan pematuhan bagi pengeluar minyak sawit dan komoditi lain, selain menstabilkan aliran perdagangan. 

IATA, Pihak Berkepentingan Gesa Kerajaan Percepat Kelulusan Unit Pelepasan Layak CORSIA

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan pihak berkepentingan dalam pasaran karbon menggesa kerajaan di seluruh dunia untuk menyelesaikan isu bekalan kredit karbon terhad yang disediakan kepada syarikat penerbangan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki harga minyak kacang soya yang melemah.

Bursa Malaysia Rendah Setakat Tengah Hari Susulan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini, diasak aktiviti pengambilan untung dalam beberapa saham mewah, kata penganalisis.

Unjuran Purata Harga MSM RM4,300 Tahun Ini Dan RM4,000 Bagi 2026-2027

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) bagi 2025 dijangka pada paras purata menghampiri RM4,300 satu tan sebelum menyederhana kepada sekitar RM4,000 pada 2026 dan 2027, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Meningkat Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diunjur diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan berikutan pengeluaran yang dijangka lemah.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Seiring Penurunan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan kejatuhan harga minyak kacang soya.

Malaysia Berusaha Capai Keseimbangan Perdagangan Dengan India - AEIC

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia menyeru India untuk mengenal pasti sektor di negara itu yang berpotensi dikembangkan dari segi eksport dan perkhidmatan untuk membantu mengurangkan ketidakseimbangan perdagangan, kata Pengerusi Majlis Ekonomi ASEAN-India (AEIC) Datuk Ramesh Kodammal.

Inisiatif Burung Pungguk Jelapang MPOGCF Raih Anugerah Pembangunan Mampan

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) meraih Anugerah Pembangunan Mampan (SDA) dalam kategori ‘Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 15: Kehidupan di Darat’ untuk inisiatif utamanya, Inisiatif Burung Pungguk Jelapang untuk Pekebun Kecil (BOSI).

AS Setuju Pertimbang Tarif Sifar Ke Atas Beberapa Produk

Oleh Nor Baizura Basri & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk mempertimbangkan tarif berkadar sifar ke atas beberapa produk komoditi yang tidak dihasilkan di negara itu termasuk minyak sawit dan koko, yang dijangka dimuktamadkan pada Oktober ini.