1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan CIMB Bank Bhd untuk melanjutkan sokongan pembiayaan bagi pelancaran rangkaian 5G yang akan datang.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 14 Jan (Bernama) -- Selgate Corp Sdn Bhd (Selgate Corp), melalui anak syarikat penjagaan kesihatannya, Selgate Healthcare Sdn Bhd menandatangani perjanjian pembangunan dan pajakan bersama MTT Properties and Development Sdn Bhd (MTT Properties) bagi membina sebuah hospital pakar swasta di Balik Pulau, Pulau Pinang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), dengan kerjasama Beicip Franlab Asia, telah memulakan kajian ke atas lembangan bersepadu untuk meneroka sumber yang belum diterokai di Lembangan Melayu, yang terletak di luar pantai Semenanjung Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pemproses sarang burung MYMBN Bhd masih belum menilai sepenuhnya impak kewangan susulan daripada penggantungan sementara eksport produk sarang burung ke China.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB), anak syarikat milik penuh Bintulu Port Holdings Bhd, telah memeterai perjanjian interim (IA) ketiga dengan Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) bagi lanjutan operasi selama 12 bulan di Pelabuhan Bintulu.
1tahun ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Peningkatan kos elektrik dan keperluan syarikat untuk melaporkan inisiatif penjimatan tenaga dijangka mempercepat penerimagunaan solar pada 2025, kata Kenanga Investment Bank Bhd.
1tahun ago
SEPANG, 23 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd dijangka keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang suku pertama tahun depan selepas menyerahkan cadangan pelan regularisasinya kepada Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 18 Dis (Bernama) -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) hari ini secara rasmi mewujudkan sebuah syarikat operasi (OpCo) dengan nisbah kepentingan 50:50 bagi tujuan pengoperasian dan penyelenggaraan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini telah meneliti dua kertas pembentangan yang berkaitan dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) serantau, serta hala tuju GovTech Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Belum ada cadangan setakat ini untuk Malaysia menyertai New Development Bank (NDB), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1tahun ago
KOTA KINABALU, 4 Dis (Bernama) -- Sesi Pemukiman Mesyuarat Pegawai Kanan Ekonomi (SEOM) ASEAN 2025 selama dua hari yang berakhir esok, menjadi pertemuan awal penting dalam mengemas kini isu-isu berbangkit daripada kepengerusian ASEAN sebelumnya.