BERITA TERKINI   Kerajaan akan meneliti pindaan akta tertentu bagi kesalahan curi kabel rel ECRL - Saifuddin Nasution | AKPS perlu dilengkapkan dengan teknologi baharu di pintu masuk negara, pastikan kawalan sempadan pada tahap terbaik - Saifuddin Nasution | Seramai 200 veteran ATM akan sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini - Saifuddin Nasution | AKPS bergerak di landasan betul dan cemerlang, KDN beri sokongan penuh - Saifuddin Nasution | 

MTEN Bincang Ssaha Jadikan Malaysia Hab R&D Serantau, Hala Tuju Govtech -- PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini telah meneliti dua kertas pembentangan yang berkaitan dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) serantau, serta hala tuju GovTech Malaysia.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata mesyuarat tersebut turut membincangkan status terkini tindakan berkaitan isu-isu terkait perkhidmatan rangkaian rel pengangkutan awam di Lembah Klang.

“Perkara ini perlu diberi penekanan, khususnya pelaksanaan segera dan tersusun demi kebaikan serta meningkatkan kualiti hidup warga kota,” katanya dalam hantaran di akaun media sosial X hari ini.

GovTech Malaysia atau Government Technology diwujudkan bagi memperhebat revolusi digital ke arah meningkatkan keupayaan kerajaan dalam kualiti data awam, inovasi awam serta perkhidmatan awam secara lebih holistik

Ia merupakan pendekatan “Whole of Government” dalam pemodenan sektor awam, yang menekankan kepada tiga aspek iaitu berpaksikan rakyat; akses universal kepada perkhidmatan kerajaan; dan pendekatan keseluruhan kerajaan terhadap transformasi kerajaan digital yang dipelopori oleh Bank Dunia.

--BERNAMA