BERITA TERKINI   Isu kesesakan dan kekurangan mesin pengimbas di Linkedua akan dibawa ke KDN - Loke | Dua sindiket pengedaran dadah tumpas, dadah RM4.7 juta dirampas dalam operasi di Johor Bahru - Polis | Seramai 60,000 pelajar disasar terima manfaat MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) dengan peruntukan RM18.5 juta - Anthony Loke | Tiga individu ditahan bantu siasatan kes lelaki maut ditembak di Skudai pada 9 Mei lepas - Polis | PRN Johor tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MT UMNO dan pertemuan dengan Agong hari ini - Ahmad Zahid | 

U Mobile, CIMB Meterai MoU Biayai Pelancaran Rangkaian 5G Seterusnya

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan CIMB Bank Bhd untuk melanjutkan sokongan pembiayaan bagi pelancaran rangkaian 5G yang akan datang.

MoU itu merupakan perkongsian pembiayaan terbaharu antara U Mobile dan CIMB, yang mana, pada 2021, bank itu menyediakan pembiayaan berjumlah RM1.2 bilion kepada U Mobile, yang kemudiannya dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile Wong Heang Tuck berkata CIMB merupakan rakan pembiayaannya yang telah lama menjalin kerjasama dengan syarikat itu dan berkongsi komitmen untuk memacu inovasi dan pertumbuhan dalam ekonomi negara melalui 5G.

Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dengan tumpuan kepada pendigitalan.

"Kami percaya sokongan kewangan CIMB akan mengukuhkan lagi keupayaan U Mobile untuk memastikan pelancaran rangkaian 5G kedua yang pantas dan cekap dari segi kos, yang akan membawa manfaat kepada perusahaan, pengguna dan sektor awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MoU ini adalah susulan daripada pelantikan U Mobile baru-baru ini sebagai penyedia rangkaian 5G kedua Malaysia.

-- BERNAMA