Terdapat 424 berita berdasarkan kata kunci carian " integrasi"

Mesyuarat AEM Pada Julai Bagi Percepat Kemajuan DEFA ASEAN

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) – Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) di Bangkok pada akhir Julai untuk mempercepat kemajuan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).

Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN Akan Bentang Laporan Pada September - Liew

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN akan membentangkan Laporan Integrasi ASEAN pada September, yang akan melengkapkan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Malaysia Catat Pelaburan Diluluskan Sebanyak RM89.8 Bilion Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM89.8 bilion bagi suku pertama 2025, peningkatan 3.7 peratus tahun ke tahun meskipun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar.

Nikkei Forum Medini: Lebih 100 Peserta Antarabangsa Sahkan Penyertaan

JOHOR BAHRU, 11 Jun (Bernama) -- Lebih 100 peserta antarabangsa dari Jepun, Singapura, Korea Selatan, Eropah dan negara-negara ASEAN sudah mengesahkan penyertaan bagi menghadiri Nikkei Forum Medini Johor 2025 yang akan berlangsung pada 18 hingga 19 Jun ini.

Industri Halal Antara Pemacu Pertumbuhan Utama Di IMT-GT, BIMB-EAGA

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) – Industri halal yang pesat berkembang adalah antara sembilan sektor yang mampu mencetuskan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dalam Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA) dan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Inisiatif IMT-GT, BIMP-EAGA Membuahkan Hasil, Lengkapi Matlamat AEC

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Inisiatif rantau kecil seperti IMT-GT dan BIMP-EAGA bukan sahaja membuahkan hasil tetapi terbukti menjadi pelengkap penting kepada Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dalam meningkatkan perdagangan, pelaburan dan ketersambungan serantau.

Johor Catat FDI RM27.4 Bilion Pada Suku Pertama 2025, Disokong Oleh Momentum JS-SEZ

KOTA TINGGI, 5 Jun (Bernama) -- Impak Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sudahpun mula dapat dilihat dengan Johor merekodkan RM27.4 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pada suku pertama tahun ini.

RCEP, ACFTA Elemen Penting Manfaatkan Potensi Perdagangan ASEAN-China - Setiausaha Agung ASEAN

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

HUANGSHAN, 5 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan pada peringkat akar umbi yang lebih kukuh, proses yang dipermudahkan untuk perniagaan dan kerjasama awam-swasta yang lebih erat menjadi elemen penting untuk memanfaatkan potensi perjanjian perdagangan serantau sepenuhnya, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

Halal International Selangor Pacu Industri Halal Global, Akses Dan Pertumbuhan Inklusif

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Halal International Selangor (HIS), sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Selangor Incorporated, sedang membantu membentuk sempadan halal seterusnya, bukan sekadar satu standard tetapi sebagai enjin pemacu akses pasaran, inovasi dan pertumbuhan inklusif.

JCorp Perkasa Usahawan Bumiputera Untuk Bersaing Dalam Rantaian Bekalan Serantau

Oleh Mohd Khairi Idham Amran

JOHOR BAHRU, 30 Mei (Bernama) -- Johor Corporation (JCorp) menumpukan usaha memperkasakan usahawan bumiputera untuk mereka bersaing dalam rantaian bekalan serantau yang terhubung dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

UEM Edgenta Raih Nilai Perolehan Kontrak RM1.1 Bilion Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd berjaya meraih nilai perolehan kontrak bernilai RM1.1 bilion bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025.

ASM Automation Sasar Kumpul RM21.82 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Pakar penyelesaian jentera automasi, ASM Automation Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Bhd menjelang 2 Julai ini, berhasrat untuk mengumpulkan RM 21.82 juta melalui tawaran awam permulaannya (IPO).