BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 - DOSM | Lebihan dagangan meningkat kepada RM40.4 bilion pada Mei 2026, sekali gus mencatat lebihan selama 73 bulan berturut-turut sejak Mei 2020 - DOSM | Eksport Malaysia tumbuh 45.3 peratus kepada RM184.0 bilion, import naik 14.1 peratus kepada RM143.6 bilion pada Mei 2026 - DOSM | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion pada Mei 2026, didorong pertumbuhan eksport lebih kukuh - DOSM | DBKL peruntuk RM200 juta di bawah Program Lestari Niaga bangunkan semula 287 lokasi gerai penjaja di ibu negara - Hannah | 

Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN Akan Bentang Laporan Pada September - Liew

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN akan membentangkan Laporan Integrasi ASEAN pada September, yang akan melengkapkan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Dalam ucapan pembukaannya pada mesyuarat Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN yang kedua hari ini, Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong berkata beliau berharap laporan itu akan membantu ASEAN dalam menangani cabaran segera yang dihadapi rantau ini.

“Aspirasi kami ialah laporan ini akan memainkan peranan yang sama dengan Laporan Mario Draghi untuk Kesatuan Eropah yang akan membimbing kami melalui cabaran yang mendatang,” katanya pada sesi mesyuarat secara maya itu.

Liew berkata Laporan Integrasi ASEAN itu diterajui bersama oleh bekas Menteri Perdagangan Indonesia Dr Mari Pangestu dan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Fraziali Ismail. 

Pasukan petugas itu dipengerusikan bersama oleh Liew dan Ketua Pengarah Rundingan Perdagangan Antarabangsa Indonesia Djatmiko Bris Witjaksono.

Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN ditubuhkan pada Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-31 di Desaru, Johor pada Februari lepas. Ia mengadakan mesyuarat pertamanya pada 16 Mei.

-- BERNAMA