25hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Pelabur asing mengakhiri jualan bersih selama dua minggu berturut-turut di Bursa Malaysia apabila kembali semula sebagai pembeli bersih dengan pembelian bernilai RM11.6 juta.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, didorong oleh aktiviti pengambilan untung minggu lepas walaupun Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat lalu.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia mengakhiri tahun 2025 dengan kedudukan yang lebih baik, mencatatkan pertumbuhan pinjaman yang kukuh, kualiti aset yang stabil dan keuntungan yang mampan walaupun tahun ini diselubungi ketegangan perdagangan global manakala prospek untuk tahun depan kekal stabil dalam portfolio yang pelbagai.
27hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia dijangka bergantung kepada data ekonomi minggu depan memandangkan pasaran bersedia menyesuaikan pegangan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (Fed) (FOMC) pada 9 hingga 10 Disember.
27hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal stabil dan didagangkan dalam julat 4.10 hingga 4.12 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, disokong oleh jangkaan pasaran terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed).
27hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan aliran meningkat minggu depan, seiring prestasi pasaran tunai.
28hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives pulih selepas penurunan dua hari berturut-turut untuk ditutup lebih tinggi pada Jumaat disokong oleh pembelian pada harga rendah, menurut seorang penyelidik.
28hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan dengan ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan jangkaan yang terus meningkat terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini susulan kelemahan dalam dolar US termasuk peningkatan jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), terutamanya selepas pasaran mula memantau pengumuman data inflasi AS sebelum mesyuarat dasar Rizab Persekutuan minggu depan.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat dalam keadaan prestasi bercampur-campur di rantau ini, susulan sentimen berhati-hati pelabur berikutan kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Bank of Japan (BOJ) serta data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang dijangka mempengaruhi keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) minggu depan.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan rendah pada tengah hari ini dengan indeks petunjuk utama susut 0.54 peratus, diasak jualan saham wajaran tinggi terpilih merangkumi sektor perkhidmatan, telekomunikasi dan media.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyaksikan prestasi lebih rendah pada awal dagangan hari ini.