BERITA TERKINI   Kementerian Komunikasi tumpu pemerkasaan infrastruktur digital, industri kreatif dan informasi serta komunikasi kerajaan pada 2026 - Fahmi | Ekonomi negara kini di landasan betul, Malaysia jadi tumpuan pelabur asing dan syarikat besar - Fahmi | Tiga pusat membeli-belah dikenal pasti sebagai hab pengangkutan awam bas ekspres laluan KL–Singapura - Loke | APG 2025: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin raih emas pertama Malaysia dalam ujian masa berbasikal lebuh raya individu | Dasar Industri Pertahanan Negara tumpu pemantapan ekosistem, rantaian bekalan, daya saing global dan eksport - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyaksikan prestasi lebih rendah pada awal dagangan hari ini.

Pada jam 10.02 pagi ini, kontrak Disember 2025 turun 1.50 mata kepada 1,616.0, Januari 2026 merosot 0.50 mata kepada 1,620.0, Mac 2026 berkurangan 1.0 mata kepada 1,602.0 manakala Jun 2026 tidak diniagakan.

Jumlah dagangan sebanyak 1,745 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 38,738 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI susut 3.67 mata selepas sejam 15 minit dagangan dijalankan kepada 1,617.40 berbanding penutupan pada 1,621.07, semalam.

-- BERNAMA