Terdapat 1476 berita berdasarkan kata kunci carian " ogos"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjelang Data Inflasi AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi menjelang pengeluaran data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) lewat malam ini. 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah Sejajar Dengan Prestasi Di Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. 

CIMB Kekal Optimis Capai Sasaran Kewangan 2025 Berpandukan ROE 11 Hingga 11.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd kekal yakin dapat mencapai sasaran kewangan bagi setahun penuh 2025 berpandukan pulangan atas ekuiti (ROE) antara 11 hingga 11.5 peratus.

Untung Bersih Suku Kedua TM Naik 1.7 Peratus Kepada RM402.97 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM402.97 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 berbanding RM 396.42 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Petronas Turun 19 Peratus Kepada RM26.2 Bln Pada Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) turun 19 peratus kepada RM26.2 bilion bagi separuh pertama berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM32.4 bilion setahun sebelumnya, seiring dengan hasil yang lebih rendah.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar US Menjelang Pengumuman Data Inflasi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar US hari ini apabila para peniaga mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data perbelanjaan penggunaan peribadi Amerika Syarikat (AS) malam ini.

PNB Sahkan Berlaku Rundingan Berkaitan Aset Lebuh Raya , Proses Masih Di Peringkat Awal

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengesahkan rundingan sedang berlangsung dengan beberapa pihak berkaitan aset lebuh rayanya di bawah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Jumaat, menjejaki pergerakan menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. 

Gamuda Raih Kontrak Pusat Data Hiperskala Bernilai RM2.14 Bilion

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Gamuda Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Gamuda Engineering Sdn Bhd meraih kontrak untuk kerja-kerja pembinaan, penyiapan, ujian dan pentauliahan pusat data hiperskala bernilai RM2.14 bilion.

Ahli Ekonomi AmBank Unjur Ringgit Cecah 4.27 Menjelang Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Nilai ringgit diunjur mencecah paras 4.27 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025 susulan peningkatan kecil pengukuhan mata wang negara maju itu selain pengurangan sokongan daripada akaun dagangan Malaysia.

Kejayaan Malaysia Bantu Jutaan Rakyat Keluar Dari Kemiskinan Sering Diabaikan - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam menangani kemiskinan melibatkan jutaan penduduk, tanpa mewujudkan kawasan mundur yang kekal, sering kali diabaikan.

Syarikat Malaysia-Indonesia Kukuh Hubungan Niaga, Sasar Projek Makanan Percuma

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 29 Ogos (Bernama) -- Syarikat Malaysia, Bahtera Hijrah Holding Sdn Bhd (Hijrah Group) dan syarikat tempatan PT LBP Enterprises International memeterai kerjasama strategik bagi meneroka peluang perniagaan rentas sempadan, termasuk pembangunan dapur untuk Program Makanan Bergizi Gratis (MBG) di Indonesia.