BERITA TERKINI   Sukan SEA 2025: Skuad gimnastik berirama negara raih emas acara berpasukan | Ketegangan sempadan Kemboja-Thailand : Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN ditangguhkan kepada Isnin (22 Dis) - Wisma Putra | Kerajaan yakin rundingan dengan kerajaan negeri Terengganu berhubung isu FGV akan dapat dicapai demi kepentingan peneroka - TPM Ahmad Zahid | 53.9 peratus lepasan SPM pilih sektor TVET, hampiri sasaran 70 peratus menjelang akhir RMK13 - TPM Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjelang Data Inflasi AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi menjelang pengeluaran data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) lewat malam ini. 

“Pasaran menjangkakan kadar inflasi PCE akan dikekalkan pada 2.6 peratus pada Julai dan inflasi PCE teras meningkat kepada 2.9 peratus pada Julai, naik daripada 2.8 peratus pada Jun,” kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes kepada Bernama. 

Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan Ogos 2025 meningkat kepada US$3,407.50 setiap auns troy daripada US$3,402.30 ketika ditutup pada Khamis. 

Kontrak September 2025 naik kepada US$3,420.40 setiap auns troy daripada US$3,407.70 ketika ditutup semalam, Oktober 2025 menokok kepada US$3,449.90 setiap auns troy daripada US$3,437.20 sebelumnya, dan November 2025 menambah kepada US$3,466.70 setiap auns troy daripada US$3,454.30.

Kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$3,487.10 setiap auns troy berbanding US$3,474.40 setiap auns troy pada Khamis. 

Jumlah dagangan merosot kepada empat lot daripada 18 lot semalam, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 33 kontrak daripada 49 kontrak sebelumnya. 

Harga emas fizikal berada pada US$3,407.65 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 28 Ogos. 

-- BERNAMA