10hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Eksport Malaysia meningkat sebanyak RM14.3 bilion atau 10.4 peratus tahun ke tahun kepada RM153 bilion pada Disember 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- ISF Group Bhd akan terus mendapat manfaat daripada pengembangan pusat data di Malaysia selepas penyenaraiannya di Pasaran ACE dengan memperoleh lebih banyak projek tahun ini.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Jumlah kedai Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada 10,447 di seluruh negara setakat 26 Jan 2026 berbanding hanya 700 kedai pada 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kekayaan sumber asli, biodiversiti, serta kedudukan strategik negeri Sabah akan dimanfaatkan bersama infrastruktur moden, teknologi hijau dan ekonomi baharu terutamanya dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus menjadi tumpuan dalam usaha mempertingkatkan hubungan ekonomi Malaysia-India kerana India menawarkan peluang pasaran yang luas untuk perniagaan dari negara ini yang ingin berkembang ke luar negara.
10hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia terus dipacu dan disokong oleh asas-asas kukuh, ekonomi yang pelbagai serta permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini memaklumkan portfolio sukuk jangka pendek tertunggaknya telah mencecah paras tertinggi baharu US$6.65 bilion.
11hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh pasaran minyak kacang soya yang mengukuh, kata seorang peniaga.
11hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Batik Air Malaysia (Batik Air) merancang untuk menambah 10 lagi pesawat tahun ini, menjadikan keseluruhan armadanya kepada 63 kapal terbang.
11hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran ekuiti Malaysia melonjak kepada paras paling kukuh dalam tempoh tujuh tahun pada Selasa, dipacu keyakinan baharu pelabur, disokong pengukuhan ringgit dan perubahan dinamik modal global, sekali gus mendorong penilaian semula terhadap profil risiko negara, menurut ahli ekonomi.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi suram pasaran Comex Amerika Syarikat.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan sederhana antara 3.0 hingga 5.0 peratus tahun ini meskipun berdepan cabaran luaran global, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin.