BERITA TERKINI   Kelantan perketat saringan kesihatan di tiga pintu sempadan susulan risiko virus Nipah - Pengarah Kesihatan | Ops Tiris bongkar skala ketirisan subsidi, rampasan hampir RM179 juta sejak 2024 hingga Januari 2026 - KP Penguat Kuasa KPDN | Seorang lagi ahli geng ‘Captain Praba’ diekstradisi dari Thailand semalam, 15 lagi sedang diburu - Ketua Polis Negara | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Kelemahan Pasaran Comex AS

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi suram pasaran Comex Amerika Syarikat.

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semasa Januari 2026 susut kepada US$5,090.30 setiap auns troy daripada US$5,098.90 setiap auns troy, Februari 2026 rendah kepada US$5,106.60 setiap auns troy daripada US$5,115.20 setiap auns troy, dan Mac 2026 menyusut kepada US$5,124.90 setiap auns troy daripada US$5,133.10 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga lebih rendah, dengan ditutup pada US$5,143.00 setiap auns troy berbanding US$5,151.00 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 518 lot daripada 372 lot semalam manakala kepentingan terbuka menokok kepada 590 kontrak daripada 457 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association, harga emas fizikal pada US$5,093.55 setiap auns troy pada 26 Jan 2026. 

-- BERNAMA