2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mencatatkan kenaikan sederhana setelah mengalami penurunan pada awal dagangan pada Khamis disokong oleh aktiviti pembelian pada harga rendah, menurut peniaga minyak sawit David Ng.
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis selepas kenaikan lima hari berturut-turut apabila para peniaga menyimpan keuntungan berikutan ketidakpastian berhubung penurunan kadar faedah seterusnya Rizab Persekutuan AS (Fed).
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah sentimen optimis terhadap hubungan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini susulan prestasi lemah minyak kacang soya dan harga minyak mentah, kata peniaga minyak sawit David Ng.
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, pulih selepas aktiviti penjualan besar-besaran pada awal minggu ini apabila ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China semakin mereda, sekali gus mengurangkan risiko geopolitik.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah sentimen optimis terhadap potensi rangsangan ekonomi dari China, kata seorang peniaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi dagangan tengah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung kebanyakannya dalam saham produk pengguna, perladangan dan utiliti.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini selepas dijejaskan oleh kebimbangan mengenai permintaan yang agak lembap selain peningkatan pengeluaran komoditi itu dalam beberapa minggu akan datang.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, seiring aktiviti pengambilan untung di serata pasaran serantau selepas peningkatan baru-baru ini serta di tengah-tengah sentimen berwaspada menjelang keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tidak berubah hari ini di tengah-tengah petunjuk bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau dan juga kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan dengan jajaran kecil antara US$4,050 hingga US$4,100 setiap auns apabila para peserta pasaran menilai semula kedudukan mereka di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tidak berubah dengan sedikit cenderung menurun minggu depan berikutan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.