10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- ASEAN komited untuk terus menyumbang secara konstruktif bagi memperkukuh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), termasuk menerusi penglibatan dengan negara anggota lain serta pelbagai pihak berkepentingan di platform yang ada.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi lagi pada Rabu disebabkan ketidaktentuan yang semakin meningkat susulan pengumuman tarif terkini oleh Donald Trump.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives kembali meningkat untuk ditutup tinggi, dipacu oleh permintaan terhadap aset selamat di tengah-tengah kebimbangan mengenai rundingan damai Rusia-Ukraine.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para pelabur beralih kepada aset selamat ketika tumpuan terarah kepada pertemuan antara diplomat Amerika Syarikat (AS) dan Rusia di Arab Saudi untuk membincangkan kemungkinan menamatkan perang di Ukraine.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC Berhad) anak syarikat kerajaan negeri Terengganu meraih pendapatan berjumlah RM403.8 juta bagi tahun kewangan 2024, yang merupakan pencapaian tertinggi dalam sejarah syarikat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa berikutan penjualan berlaku di kaunter wajaran tinggi, terutama Malayan Banking Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- SME Venture@ASEAN 2025 dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung dan 300 pempamer tempatan serta antarabangsa, terutamanya dari negara anggota ASEAN dan rakan dagangan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran secara terbuka terhadap Iqzan Holding Bhd dan lima pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan pelaburan tertinggi sebanyak RM18.0 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Komitmen BLACKMORES dalam menyediakan suplemen kesihatan berkualiti tinggi kepada lebih ramai pengguna termasuk masyarakat Islam, diperkukuh menerusi pemerolehan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
10bulan ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
CYBERJAYA, 7 Feb (Bernama) -- Masa depan pengauditan dijangka mengalami perubahan besar menerusi penyatuan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan penilaian risiko masa nyata serta cerapan unjuran melebihi kaedah tradisional, kata Pengasas Bersama Audrey South Africa, Claude Chetty.
10bulan ago
PUTRAJAYA, 6 Feb (Bernama) -- Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.