Terdapat 4233 berita berdasarkan kata kunci carian " sektor"

Bursa Malaysia Terus Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada tengah hari ini dipacu oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, disokong sentimen yang kukuh dalam kebanyakan pasaran serantau.

Penggunaan Swasta, Pelancongan Dijangka Pacu Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Pada 2026 - AmBank

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini, dengan pertumbuhan diunjurkan mencecah 4.5 peratus, dipacu oleh penggunaan swasta yang kukuh dan sektor pelancongan.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Susulan Tindakan Trump Batal Ancaman Tarif Ke Atas EU

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih positif susulan peningkatan semula Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menarik balik ancamannya untuk menaikkan tarif ke atas beberapa ekonomi Kesatuan Eropah (EU) bagi isu membabitkan Greenland.

Sektor Elektrik Dan Elektronik Antara Tumpuan Pelaburan Utama Tahun Ini - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) --Sektor elektrik dan elektronik (E&E) terutamanya semikonduktor, akan terus menjadi antara sektor utama untuk pelaburan berpotensi tahun ini, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

LHDN Galak PMKS Laksana e-Invois Secara Sukarela

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menggalakkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melaksanakan e-Invois secara sukarela kerana manfaatnya yang besar kepada operasi perniagaan dan kesediaan menghadapi ekonomi digital.

Platform Global Iktiraf Gobind Antara 100 Pemimpin AI Kerajaan Terbaik Di Dunia

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo telah disenaraikan dalam “Apolitical”, platform dalam talian terbesar di dunia untuk kerajaan, atas usaha beliau dalam memacu agenda kecerdasan buatan (AI), 5G dan transformasi digital negara.

Kerajaan Lulus Pelaburan Milikan Asing Sektor Perkilangan Bernilai RM357.1 Bilion Dari 2022 - Sept 2025

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) - Sebanyak 1,361 projek pemilikan asing dalam sektor perkilangan di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah diluluskan dengan jumlah pelaburan bernilai RM357.1 bilion bagi tempoh 2022 hingga September 2025.

Perak Transit Lantik Ismail Jamal Sebagai Pengurus Besar

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Perak Transit Bhd melantik Ismail Jamal sebagai Pengurus Besar berkuat kuasa hari ini.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Berharga Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia melantun dan ditutup lebih tinggi pada akhir dagangan Rabu ketika pelabur menumpukan aktiviti memburu saham berharga rendah susulan aktiviti pengambilan untung semalam yang seiring kenaikan kebanyakan pasaran serantau.

Ekonomi ASEAN+3 Dijangka Berkembang 4.0 Peratus pada 2026 - AMRO

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3 dijangka berkembang 4.0 peratus pada tahun 2026, menurut Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).

Pasaran Getah Pulih Disokong Kenaikan Serantau

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri kerugian baru-baru ini dengan ditutup tinggi pada Rabu, disokong peningkatan niaga hadapan getah serantau dan penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

MOSTI Teraju Inisiatif AI Teknologi Pintar Bagi Daya Saing Industri

IPOH, 21 Jan  (Bernama) -- Malaysia sedang mengalami transformasi secara mendalam untuk mempercepat penerimagunaan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI), sistem pintar, automasi dan penyelesaian cekap tenaga merentasi sektor, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.