BERITA TERKINI   Pendapatan purata bulanan isi rumah meningkat 3.8 peratus kepada RM9,155 pada 2024 berbanding RM8,479 pada 2022 - Amir Hamzah | Kadar kemiskinan tegar turun kepada 0.09 peratus pada 2024 berbanding 0.2 peratus pada 2022 - Amir Hamzah | Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 3/2025 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2024 | Wisma Putra pantau perkembangan sembilan aktivis Malaysia yang ditahan Israel ketika ikuti misi kemanusiaan Gaza - Fahmi | Lebih 1,000 kawasan panas banjir dikesan di seluruh negara, penempatan sementara telah dikenal pasti - NADMA | 

Terdapat 2556 berita berdasarkan kata kunci carian "bursa malaysia"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Menjelang Pengumuman Data CPI AS

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis selepas mencatatkan kenaikan tiga hari berturut-turut seiring sentimen berhati-hati pelabur menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) bagi Ogos lewat hari ini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur pada Khamis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini para peniaga bimbang terhadap kadar eksport yang lemah berikutan laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan prestasi eksport Ogos yang kurang memberangsangkan.

SC, FSA Oman Sepakat Tingkatkan Pembangunan Pasaran Modal, Pembinaan Kapasiti

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) Kesultanan Oman hari ini menandatangani Program Usaha Sama Pembangunan Pasaran Modal untuk memajukan perkongsian strategik antara kedua-dua pihak berkuasa itu.

Oceancash Pacific Mahu Ambil Alih PCCCSB Dengan Nilai RM13.42 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Oceancash Pacific Bhd (OPB) memeterai perjanjian langganan saham bersyarat (SSA) dengan Paragon Union Bhd untuk mengambil alih Paragon Car Carpets & Components Sdn Bhd (PCCCSB) dengan nilai RM13.42 juta.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Dolar US Mengukuh

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini selepas diseret oleh pengukuhan dolar US.

Sunway JV Menang Tender Tanah S$623.91 Juta Di Chuan Grove, Singapura

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Sunway Bhd, iaitu Sunway Developments Pte Ltd (SDPL) dan Sing Holdings Residential Pte Ltd (SHRPL), telah memperoleh sebidang tanah di Singapura daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Bandar Singapura (URA) untuk pembangunan kediaman bernilai S$623.91 juta (RM2.05 bilion).

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.

IPO Express Powerr Terlebih Langgan 13.55 Kali

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Penyedia khidmat penyewaan penjana, Express Powerr Solutions (M) Bhd (Express Powerr), mencatatkan lebihan langganan sebanyak 13.55 kali untuk tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 24 September, 2025.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, peningkatan hari ketiga berturut-turut seiring dengan bursa saham utama Asia yang lain.

 

Axiata, Tenaga Nasional, YTL Corp Dorong FBM KLCI Tinggi Semasa Rehat Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Sokongan belian kepada kaunter wajaran tinggi terpilih yang didahului Axiata, Tenaga Nasional dan YTL Corp telah mendorong kenaikan indeks utama sebanyak 0.16 peratus sebelum dagangan sesi pagi berakhir, pada Rabu.

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Meningkat, Jejak Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka dengan mencatat peningkatan kecil hari ini, sekali gus meneruskan aliran kenaikan bagi sesi ketiga berturut-turut dan menjejaki Wall Street yang dipacu oleh harapan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah.