Terdapat 4132 berita berdasarkan kata kunci carian " masa"

Bangunan Sumulator MAB Academy Perkukuh Kepimpinan Latihan Penerbangan - Loke

SEPANG, 6 Jan (Bernama) -- Malaysia telah mengambil langkah penting ke arah memperkukuhkan ekosistem latihan penerbangannya dengan pelancaran Bangunan Simulator MAB Academy di sini, memperkasa cita-cita negara untuk menjadi hab penerbangan serantau terkemuka.

Rangka Kerja Dasar Dapat Tangani Cabaran Struktur Dan Operasi PMKS - MEF

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Kerangka dasar yang dicadangkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dapat menangani cabaran struktur dan operasi yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF). 

Pelarasan Gaji SSPA Fasa 2 Tingkat Ekonomi Runcit -- Pakar Ekonomi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Fasa kedua pelarasan gaji Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) untuk penjawat awam dijangka memberi kesan positif yang kuat kepada ekonomi runcit, menurut seorang pakar ekonomi.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Selasa dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut dalam persekitaran kekurangan penyertaan pelabur.

Kerajaan Bentang Hala Tuju Ekonomi Negara 2026 Di Forum Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan membentangkan fokus dan hala tuju ekonomi negara 2026 pada Forum Ekonomi Malaysia, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Lanjutan e-Invois, Pengurangan Cukai Perkhidmatan Sewaan Ringankan Beban Perniagaan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berkata lanjutan tempoh pelaksanaan e-Invois serta pengurangan Cukai Perkhidmatan ke atas sewaan premis perniagaan akan memberi banyak kelegaan khususnya kepada perniagaan yang diuruskan sendiri oleh pemilik.

Sunway Beli Tanah Di Selangor, Pulau Pinang Bernilai RM180 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Sunway Bhd membeli tiga bidang tanah di Selangor dan Pulau Pinang dengan nilai RM179.8 juta sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah semula simpanan tanah selain mengukuhkan perancangan projek masa depannya.

Permintaan Domestik, Lonjakan e-Dagang Pacu Sektor Logistik Malaysia – Kenanga Research

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) --Sektor logistik Malaysia terus mencatatkan prestasi lebih baik, disokong oleh permintaan domestik dan aktiviti e-dagang yang berdaya tahan, meskipun pertumbuhan perdagangan secara keseluruhannya sederhana, kata Kenanga Research.

Cukai Perkhidmatan Ke Atas Sewaan PMKS Diturunkan Kepada Enam Peratus -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai perkhidmatan ke atas sewaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan dikurangkan kepada enam peratus daripada lapan peratus sebelum ini.

Bursa Malaysia Naik 0.33 Peratus Pada Tengah Hari Dipacu Minat Risiko Ketara

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia menokok sebanyak 0.33 peratus dipacu oleh minat risiko yang lebih ketara ketika lebih banyak pelabur kembali aktif selepas cuti akhir tahun.

Johor Tumpu Usaha Perkukuh Komitmen Jangka Panjang ByteDance -- Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 5 Jan (Bernama) -- Johor terus menumpukan usaha bagi memperkukuh komitmen jangka panjang syarikat teknologi global, ByteDance di negeri itu selaras dengan pelaburan pusat data berskala besar syarikat berkenaan yang berasaskan kecederasan buatan (AI) di Malaysia yang melebihi RM29.5 bilion. 

Ringgit Dibuka Rendah Didorong Langkah Elak Risiko Tingkatkan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kesediaan untuk mengambil risiko pada peringkat global menjadi lebih berhati-hati, mendorong pelabur mengurangkan pendedahan terhadap aset pasaran sedang pesat membangun.