BERITA TERKINI   PM Anwar pantauĀ secara serius operasi evakuasi rakyat Malaysia dari zon konflik di Timur Tengah - PMO | Perdana Menteri akan umum berita baik untuk rakyat menjelang Aidilfitri - PMO | Pelan Induk Pasaran Modal sasar gerakkan pembiayaan terkumpul RM90 bilion-RM100 bilion bagi projek yang membawa impak alam sekitar dan sosial boleh diukur, meningkat kepada RM550 bilion-RM800 bilion menjelang 2045 | Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030 sasar aset dengan pendedahan asas asing RM100 bilion hingga RM110 bilion menjelang 2030, dan RM200 bilion hingga RM300 bilion menjelang 2045 | Pelan Induk Pasaran Modal terkini melengkapkanĀ Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara bagi menggerakkan pasaran modal ke arah pertumbuhan mampan - PM Anwar | 

Kerajaan Bentang Hala Tuju Ekonomi Negara 2026 Di Forum Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan membentangkan fokus dan hala tuju ekonomi negara 2026 pada Forum Ekonomi Malaysia, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Akmal berkata persiapan Forum Ekonomi Malaysia akan diadakan pada awal Februari ini.

"Tahun ini kita akan mula merasai kesan Perang Tarif Amerika Syarikat yang menyebabkan ketidaktentuan ekonomi begitu juga dengan ketegangan geopolitik yang akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi dunia. 

"Menyusun keutamaan untuk kita menetapkan halatuju ekonomi bagi beberapa minggu pertama tahun 2026 ini adalah amat penting. Saya akan luangkan masa dan tumpukan perkara-perkara berikut," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Selain itu, Kementerian Ekonomi telah menyusun 25 taklimat yang akan disusuli dengan perbincangan terperinci berkaitan dengan dasar dan pelaksanaan hala tuju negara. 

Kerajaan juga akan berbincang dengan pelbagai pemegang taruh dan pihak yang mempunyai kepentingan strategik buat negara, katanya. 

-- BERNAMA