BERITA TERKINI   Sultan Brunei zahir penghargaan atas khidmat cemerlang pasukan perubatan Malaysia yang terlibat jaga kesihatan Baginda - PM Anwar | Penutupan ruang udara Timur Tengah: Syarikat penerbangan diminta ambil langkah mitigasi, pastikan kebajikan penumpang tidak terjejas - Loke | Beberapa penerbangan ke Timur Tengah dibatalkan susulan serangan udara ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar - Loke | Majlis Tingkatan Enam akan diperkenal menjelang Okt depan sebagai platform suara pelajar prauniversiti – Fadhlina | Pelajar terbaik STPM tahun ini akan ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam dalam bidang pendidikan - Fadhlina | 

Terdapat 207 berita berdasarkan kata kunci carian " kilang"

Lawatan Rasmi Perdana Menteri Ke Mesir Jana Potensi Eksport Bernilai RM4.8 Bilion - MITI

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 billion (US$1.1 billion) untuk Malaysia.

Malaysia Berpotensi Menjadi Hab Serantau Bagi Pembuatan EV - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia berpotensi menjadi hab serantau bagi pembuatan kenderaan elektrik (EV) di ASEAN berdasarkan kepada sejarah 40 tahun dalam pengeluaran automotif sejak 1983 dan kluster perindustrian semikonduktor yang kukuh, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

PM Anwar Lancar Pengoperasian Kilang Pemasangan Proton Di Mesir

Daripada Nashir Mansor

KAHERAH, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan pengoperasian kilang pemasangan (CKD) kereta Proton Holdings Berhad di sini yang dijangka mula beroperasi Disember tahun ini.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Menguncup 13.9 Peratus Kepada 30,929 Tan Pada September - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia menguncup 13.9 peratus kepada 30,929 tan pada September 2024 daripada 35,908 tan pada Ogos 2024, mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Malaysia Akan Pantau Dasar Ekonomi Baharu AS

GEORGE TOWN, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia akan memantau dasar ekonomi baharu yang akan dikeluarkan oleh Kabinet yang bakal terbentuk di Amerika Syarikat (AS) susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden negara itu baru-baru ini.

Kerjasama Antara Syarikat Percetakan Malaysia Dan Turkiye Perkukuhkan Hubungan Bilateral - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kerjasama antara syarikat percetakan Malaysia dan Turkiye bukan sahaja mengukuhkan hubungan bilateral antara kedua-dua negara, pada masa sama memperkukuhkan perkongsian kepakaran dan teknologi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. 

Kerajaan Manfaat Kekuatan Sabah, Tarik Pelabur Industri Pembuatan Berteknologi Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memanfaatkan kekuatan dan keupayaan tempatan di Sabah untuk menarik pelabur dalam sektor industri pembuatan berteknologi tinggi yang berfokuskan kepada aktiviti pembuatan hiliran, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Agro Snow Laksana Transformasi Industri Makanan Berasaskan Tumbuhan

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Syarikat komoditi pertanian global, Agrocorp International dan Megmilk Snow Brand menjalin kerjasama untuk melabur dalam kemudahan pengeluaran protein mesra alam, Agro Snow, di Johor Bahru, Johor.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Dipengaruhi Penurunan Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, berikutan aliran menurun di pasaran hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

MIDF Sasar Sedia Inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Depan RM200 Juta Untuk PKS

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan. 

Juwai IQI: Modal Dari China Beralih Daripada Ekonomi G7, Kembali Ke Asia

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Modal dari China semakin beralih daripada ekonomi Kumpulan Tujuh (G7) dan kembali ke Asia terutama Asia Tenggara, dengan Malaysia dan negara jiran adalah sebahagian daripada penerima manfaat terbesar berikutan langkah itu, kata kumpulan teknologi hartanah antarabangsa Juwai IQI.

NCEC Setuju Perluas Penggunaan Sanga Dalam Sektor Ekonomi Berimpak Tinggi

PUTRAJAYA, 29 Okt (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal (NCEC) hari ini bersetuju memperluas penggunaan sanga iaitu sisa daripada industri besi dan keluli, sebagai komposisi bahan dalam sektor ekonomi berimpak tinggi.