1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Sektor penerbangan Malaysia telah mengalami pemulihan dan pertumbuhan mampan dengan trafik penumpang udara mencecah 8.0 juta penumpang pada November 2024, menandakan peningkatan 15.8 peratus tahun ke tahun yang kukuh berbanding November 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada hari dagangan terakhir bagi 2024.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2024 pada Selasa dengan menokok sebanyak 0.28 peratus, dipacu oleh momentum belian saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus menyanggah prestasi penurunan di peringkat serantau.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 31 Dis (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan yang memberangsangkan dalam sektor perindustrian pada 2024 dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM22.6 bilion sehingga suku ketiga tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pengelasan semasa kumpulan pendapatan 40 peratus terendah (B40), 40 peratus pertengahan (M40), dan 20 peratus tertinggi (T20) tidak mencerminkan realiti stratifikasi ekonomi isi rumah di Malaysia, menurut kajian terkini oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa namun, berubah arah mengalami penurunan selepas itu, menjejaki prestasi lemah semalaman Wall Street.
1tahun ago
KUCHING, 30 Dis (Bernama) -- Sarawak tidak melihat keperluan untuk menjadikan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) sebagai industri utama meskipun tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negeri yang berpotensi memiliki hasil REE yang tinggi, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
1tahun ago
KUCHING, 30 Dis (Bernama) -- Proses akhir pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh Sarawak dijangka dimuktamadkan menjelang suku pertama 2025, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari kedua terakhir 2024 dengan prestasi positif, dipacu momentum belian dalam saham wajaran tinggi terpilih yang didahului Maybank dan Petronas Chemicals ketika institusi tempatan memperelok akaun menjelang akhir tahun.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 805,000 unit untuk industri automotif pada 2025, meningkat daripada anggaran 800,000 unit pada 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan terus memberikan sokongan kepada Bursa Malaysia untuk minggu ke-10 berturut-turut, dengan belian bersih ekuiti domestik berjumlah RM416.9 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meneruskan trajektori peningkatannya pada minggu depan, dipacu oleh aktiviti memperelok akaun pada akhir tahun selain sokongan sentimen positif pada masa ini, kata UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd.