BERITA TERKINI   Sekatan sementara ke atas Grok susulan penyalahgunaan untuk menjana kandungan lucah termasuk melibatkan kanak-kanak - MCMC | MCMC arah sekatan sementara ke atas akses Grok bagi pengguna di Malaysia berkuat kuasa hari ini | Pergolakan di Iran: Semua rakyat Malaysia berdaftar di Iran selamat, Wisma Putra nasihat tangguh perjalanan tidak penting | 15 cedera dalam kemalangan babitkan sebuah bas dan lori di Lebuhraya PLUS - Bomba | Kemalangan sebuah bas dan lori di KM441.2 arah selatan laluan Sungai Buaya-Rawang, trafik sesak 7.2 KM - LLM | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada hari dagangan terakhir bagi 2024.

Kontrak semerta Disember 2024 meningkat kepada US$2,610.90 setiap auns troy daripada US$2,610.50 pada Isnin.

Sementara, Januari 2025 kekal tidak berubah pada US$2,623.60 dan Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 semuanya tidak berubah pada US$2,633.70 setiap auns troy.

Tiada jumlah dagangan direkodkan hari ini, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 16 kontrak daripada 29 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan  London Bullion Market Association pada 30 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,609.10 setiap auns troy.

-- BERNAMA