17hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menggalakkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melaksanakan e-Invois secara sukarela kerana manfaatnya yang besar kepada operasi perniagaan dan kesediaan menghadapi ekonomi digital.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo telah disenaraikan dalam “Apolitical”, platform dalam talian terbesar di dunia untuk kerajaan, atas usaha beliau dalam memacu agenda kecerdasan buatan (AI), 5G dan transformasi digital negara.
17hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup lebih tinggi pada Rabu, didorong oleh jangkaan pengeluaran yang lebih lemah, kata seorang peniaga.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- IJM Corp Bhd hari ini menjelaskan sebilangan kecil akaun bank syarikat itu dikenakan sekatan sementara bagi membantu usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumpulkan maklumat pada masa ini.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Perak Transit Bhd melantik Ismail Jamal sebagai Pengurus Besar berkuat kuasa hari ini.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia melantun dan ditutup lebih tinggi pada akhir dagangan Rabu ketika pelabur menumpukan aktiviti memburu saham berharga rendah susulan aktiviti pengambilan untung semalam yang seiring kenaikan kebanyakan pasaran serantau.
17hari ago
PUTRAJAYA, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi negara berada pada landasan betul dengan Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur asing dan syarikat besar, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri kerugian baru-baru ini dengan ditutup tinggi pada Rabu, disokong peningkatan niaga hadapan getah serantau dan penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
17hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan kekal dalam julat kecil antara RM4,000 satu tan hingga RM4,300 satu tan pada Februari berikutan paras stok dan penyusutan pengeluaran secara bermusim, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
17hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang 2026, disokong oleh kadar inflasi yang rendah pada 2025 dan pertumbuhan ekonomi yang stabil.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) — Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.3 peratus untuk 2026 dan 2027, mewakili semakan menaik sebanyak 0.3 mata peratusan.
18hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, selepas disokong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.