BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Selangor 2-0 Cong An Hanoi FC | 

Terdapat 386 berita berdasarkan kata kunci carian " pengendali"

Tarif, Ketidaktentuan Dalaman Dan Luaran Bayangi Separuh Pertama 2025 Sektor Perkapalan

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Pemain industri perkapalan Malaysia mengemudi separuh pertama 2025 secara berhati-hati dalam mendepani cabaran pasaran serta beroperasi dalam persekitaran kompleks yang memerlukan strategi lebih cermat dan berhemat.

Infrastruktur Blok Rantai Malaysia Perkukuh Tulang Belakang Digital Negara

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Penubuhan Infrastruktur Blok Rantai Malaysia (MBI) yang diterajui MIMOS Bhd bertujuan merangsang kemajuan digital Malaysia dengan menggalakkan penyepaduan digital serta penyatuan infrastruktur blok rantai.

MAHB Optimis Capai Sasaran 62 Juta Pergerakan Penumpang Menjelang Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) optimis untuk mencapai sasaran 62 juta pergerakan penumpang menjelang akhir tahun ini, satu pencapaian penting yang akan menandakan pemulihannya kepada tahap sebelum pandemik.

MAHB Naik Taraf KLIA T1 Dengan Pelaburan RM30 Juta Bagi Pertingkat Pengalaman Pelanggan

SEPANG, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melabur sebanyak RM30 juta pada separuh pertama 2025 untuk menambah baik pengalaman menyeluruh penumpang dan kecekapan operasi di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1).

Arahan Terbaharu Eksport Cip AI Miti Tidak Jejas Pusat Data -- MIDF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd meyakini pusat data tidak akan terjejas susulan arahan terbaharu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai cip kecerdasan buatan (AI).

Sadhana Tawar Khidmat Pakar Bagi Roboh Bangunan Dan Kitar Semula Bahan Terpakai

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Sadhana Demolition & Engineering Sdn Bhd (Sadhana) boleh menjadi rakan kongsi yang sesuai bagi syarikat yang mahu membuat pelaburan baharu, melancarkan loji pembuatan atau menutup operasi di Malaysia. 

Malaysian Re Raih Dua Anugerah Prestij Di Insurance Asia Awards 2025

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) meraih dua anugerah utama di Insurance Asia Awards 2025 yang berlangsung di Singapura sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam landskap insurans semula ASEAN.

Peralihan Struktur Permintaan Air SPAN Bantu Kontraktor, Pembekal Paip - CIMB

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan limpahan peluang kepada kontraktor dan pembekal paip, jika gesaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) supaya industri pusat data beralih kepada sumber air alternatif dilaksanakan.

Malaysia Pelawa Airbus, Embraer Pertimbang Jadikan Negara Hab MRO, Rantaian Bekalan

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia mempelawa pengeluar pesawat seperti Airbus dan Embraer untuk menjadikan negara ini sebagai hab bagi aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta rantaian bekalan sekiranya perjanjian pembelian pesawat oleh AirAsia dan Malaysia Airlines direalisasikan. 

BRICS Tawar Peluang Pasaran Baharu Kepada Perniagaan Malaysia - PM Anwar

Daripada Arul Rajoo Durar Raj

RIO DE JANEIRO, 5 Julai (Bernama) -- Syarikat Malaysia perlu bersedia untuk meneroka pasaran baharu dan mencari peluang dagangan di luar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MAG Tambah 20 Pesawat A330neo Perkukuh Pertumbuhan Rangkaian

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk bagi syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines telah melaksanakan hak pembeliannya membeli tambahan 20 pesawat A330neo melalui pesanan terus dengan Airbus.

Gamuda Anugerah Kontrak CBTC, SCADA Kepada Hitachi Rail Bagi Projek MRT Di Taiwan

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Gamuda Bhd, kontraktor utama bagi Jabatan Sistem Transit Rapid (DORTS) Kerajaan Bandaraya New Taipei (NTCG), menganugerahkan kontrak kepada Hitachi Rail untuk membekalkan sistem Kawalan Tren Berasaskan Komunikasi (CBTC).