8bulan ago
BEIJING, 28 April (Bernama) -- Penyiapan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjelang akhir 2027 di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dijangka membuka potensi pembangunan di pantai Timur Semenanjung yang turut menempatkan Taman Perindustrian Kuantan, Pahang.
8bulan ago
Daripada Salawaty Supardi
NEWCASTLE, 27 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mampu mengembangkan dan terus meningkatkan keupayaannya dalam bidang tenaga di luar negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung UEM Edgenta Bhd, UEMS Solutions Pte Ltd telah menandatangani kontrak dengan ALPS Pte Ltd untuk menyediakan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura bernilai kira-kira S$220.48 juta (kira-kira RM735.23 juta).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bin Zayed International (M) Bhd (BZI) akan melabur US$500 juta untuk membangunkan kilang penapisan bahan api penerbangan mampan -- kemudahan bersepadu pertama di dunia di Pelabuhan Klang -- yang akan meletakkan Malaysia di barisan hadapan bagi pengeluaran bahan api penerbangan bersih.
8bulan ago
PASIR GUDANG, 24 April (Bernama) -- Pelabur langsung asing (FDI) kekal sebagai sumber utama pelaburan di Johor apabila menyumbang lebih kurang 80 peratus daripada RM23 bilion pelaburan dalam perancangan bagi April.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui anak syarikatnya Petronas LNG Ltd (PLL) memuktamadkan penghantaran kargo gas asli cecair (LNG) pertamanya kepada anak syarikat PetroVietnam (PVN), PetroVietnam Gas (PV Gas).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Southern Steel Bhd (SSB) bersetuju untuk menjual 55 peratus kepentingannya dalam anak syarikat milik penuhnya, Southern Steel Mesh Sdn Bhd (SSM) kepada syarikat berpangkalan di Singapura, BRC Asia Ltd, dengan harga tunai RM61.05 juta.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Zhejiang Jingxing Paper Joint Stock Co. Ltd, Jingxing Holdings (M) Sdn Bhd komited menyediakan RM1.9 bilion bagi pengembangan fasa kedua operasinya di Banting, Selangor.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kargo, Raya Airways Sdn Bhd (Raya Airways) menambah penerbangan kargo Kuala Lumpur-Zhengzhou (KUL-CGO) kepada enam kali seminggu untuk mengukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan China.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Altel Digital Integrated Sdn Bhd akan menyediakan infrastruktur perkhidmatan satelit dan komunikasi dalam tempoh 24 bulan akan datang.
8bulan ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 17 April (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 komited untuk meningkatkan kesalinghubungan dan kerjasama serantau dalam kalangan negara anggota ASEAN, kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
KUCHING, 17 April (Bernama) -- InvestSarawak dan China Energy Engineering Investment Corporation Ltd (CEEIC) hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bersama-sama membangunkan projek infrastruktur serta penjanaan tenaga boleh baharu berskala besar di Sarawak, dengan potensi nilai pelaburan sebanyak US$1.35 bilion (RM6 bilion).