Terdapat 367 berita berdasarkan kata kunci carian " kelulusan"

MyPOWER Meterai NDA Dengan Rosatom Energy Projects Untuk Pembangunan Nuklear

Daripada Siti Radziah Hamzah

MOSCOW, 27 Jun (Bernama) -- MyPOWER Corporation Malaysia hari ini menandatangani perjanjian tanpa pendedahan (NDA) dengan Rosatom Energy Projects dari Rusia untuk perkongsian pengetahuan dari segi pembangunan tenaga nuklear.

PBA Holdings Peruntuk Capex RM86.8 Juta Untuk 2025

GEORGE TOWN, 26 Jun (Bernama) -- PBA Holdings Bhd (PBAHB) memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM86.8 juta untuk 2025 dalam usaha menaik taraf infrastruktur bekalan air di Pulau Pinang.

MBINS Dan SD Guthrie Meterai Usaha Sama Bangun Zon Bebas Port Dickson

SEREMBAN, 24 Jun (Bernama) -- SD Guthrie Bhd dan Menteri Besar Negeri Sembilan Permerbadanan (MBINS) akan menjalin kerjasama membangunkan Zon Bebas Port Dickson (PDFZ) di Pasir Panjang, Port Dickson dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM1 bilion.

Pembaharuan Tarif RP4 Boleh Dorong Perubahan Tingkah Laku, Percepat Peralihan Tenaga - Pakar

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Penstrukturan semula tarif elektrik bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) Malaysia boleh menjadi mekanisme berpangaruh untuk mendorong perubahan tingkah laku dan mempercepat agenda rendah karbon negara, kata seorang pakar tenaga.

Affin Bank Boleh Memangkin Pertumbuhan PKS Dalam Sektor Strategik - Abang Johari

KUCHING, 23 Jun (Bernama) -- Affin Bank Bhd berada dalam kedudukan yang baik untuk menjadi pemangkin pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak dengan menawarkan pembiayaan bersasar, sokongan transformasi digital dan pembinaan kapasiti bukan kewangan yang sejajar dengan sektor-sektor ekonomi strategik negeri itu.

Pulau Pinang Minta Kerajaan Kongsi Hasil Cukai Bagi Pacu Pembangunan Negeri

GEORGE TOWN, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta kerajaan Persekutuan mempertimbang untuk berkongsi hasil cukai negeri itu dalam usaha menyokong pembangunan negeri serta program-program kebajikan dan sosial.

IMFC-J Terima Lebih 400 Pertanyaan Pelaburan, Komitmen Pelaburan Bernilai RM16.71 Bilion

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) -- Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia-Johor (IMFC-J) menerima sejumlah 439 pertanyaan berkaitan pelaburan dalam masa hanya lima bulan sejak pelancarannya pada Februari tahun ini.

Jangan Pandang Rendah Kepentingan JS-SEZ - PM Anwar

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai model luar biasa kerjasama rentas sempadan yang menjadi penanda aras baharu untuk perkongsian ekonomi dua hala.

TNG Digital Perkenal Kemudahan Bayaran Digital Bagi Peniaga PKS, Mikro

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- TNG Digital Sdn Bhd kini memperluaskan sokongan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kalangan peniaga bebas yang beroperasi di pasar, gerai serta ruang awam menerusi mekanisme pembayaran digital mudah diakses dan dimanfaatkan.

MDEC Bantu Pacu Aspirasi Johor Jadi Hab Digital Asia - Fadzli

ISKANDAR PUTERI, 18 Jun -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Johor untuk menjadi hab digital Asia melalui pelbagai inisiatif strategik dan kerjasama antara agensi.

Petronas, Eni Dari Itali Meterai Usaha Sama Teroka Kerjasama Sektor Huluan Serantau

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai Perjanjian Rangka Kerja Usaha Sama (JVFA) dengan syarikat tenaga dari Itali, Eni, bagi meneruskan perbincangan dan penilaian ke arah penubuhan sebuah syarikat usaha sama serantau dalam sektor huluan. 

Laporan WEF: 65 Peratus Negara Catat Peningkatan Prestasi Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Indeks Peralihan Tenaga Forum Ekonomi Dunia (WEF) menunjukkan kemajuan terpantas sejak sebelum pandemik COVID-19, dengan 65 peratus daripada negara yang ditinjau mencatatkan peningkatan.