Terdapat 3144 berita berdasarkan kata kunci carian " fi"

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Dalam Aliran Positif Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan kecenderungan positif pada minggu depan, menjejaki keuntungan di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu hadapan berikutan sikap berhati-hati di tengah-tengah peningkatan paras stok.

Ringgit Dijangka Teruskan Aliran Meningkat Minggu Depan Didorong Asas Ekonomi Kukuh

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengukuh berbanding dolar AS minggu depan, disokong oleh perbezaan kadar faedah yang menguntungkan serta asas ekonomi domestik yang kukuh.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Unjuran Permintaan Lemah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada hari dagangan pertama 2026 selepas terjejas oleh kebimbangan terhadap permintaan yang lemah dalam beberapa minggu akan datang.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Kukuh Pada Awal Dagangan 2026

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih kukuh pada awal dagangan 2026, menjejaki keuntungan yang lebih kukuh di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). 

Hari Dagangan Pertama 2026 Menyaksikan Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ringgit meningkat semula dari hari terakhir 2025 untuk ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada hari dagangan pertama 2026, disokong oleh sentimen positif hasil pengumuman data ekonomi domestik yang memberangsangkan.

Kenanga IB Kekalkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2025 Pada 4.8 Peratus

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 pada 4.8 peratus dan mengunjurkan sederhana kepada 4.2 peratus pada 2026, disokong oleh Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan yang stabil.

Aktiviti Ambil Untung Asak Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi pagi hari dagangan pertama 2026, ditekan aktiviti pengambilan untung berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih susulan kenaikan sebelum ini selain kekurangan pemangkin baharu.

Ringgit Mulakan Urus Niaga 2026 Lebih Mengukuh Susulan Dolar AS Lemah

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ringgit lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari pertama urus niaga 2026 hari ini, ketika mata wang negara maju itu susut nilai diasak jangkaan Rizab Persekutuan AS akan terus melakukan penurunan kadar faedah dalam tahun ini.

Malaysia Laksana Fasa Keempat E-invois, Perkasa Sistem Cukai, Ringan Beban Pematuhan PKS

KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Malaysia memulakan fasa keempat pelaksanaan invois elektronik (e-invois) hari ini, menandakan satu lagi usaha kerajaan bagi memperkukuhkan pentadbiran cukai, selain meringankan beban pematuhan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Pada Hari Dagangan Terakhir Tahun Ini

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari dagangan terakhir 2025 hari ini berikutan kebimbangan pasaran terhadap prospek permintaan yang lebih lemah.

Niaga Hadapan Emas Tutup Dagangan Hari Terakhir 2025 Lebih Rendah Seiring Comex AS

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada hari dagangan terakhir 2025, menjejaki prestasi lemah di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).