BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 1-0 Imigresen | 

Terdapat 1605 berita berdasarkan kata kunci carian " kedudukan"

Malaysia Jadi Penghubung BRICS Dan ASEAN Bagi Pacu Kerjasama

Oleh Abdul Hamid A.Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia yang dipilih antara rakan BRICS selain menggalas tanggungjawab Pengerusi ASEAN pada 2025, kini menjadi penghubung dalam memperjuang daya tahan ekonomi serantau serta kerjasama antara kedua-dua blok berkenaan.

Malaysia Lihat Sinergi Besar Antara ASEAN, BRICS - Rafizi

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Malaysia melihat sinergi yang besar antara ASEAN dan BRICS apabila negara mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, menggalakkan keterangkuman dan kemampanan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Kerajaan Garis 11 Sektor Berpotensi, Termasuk HGHV Untuk Bumiputera

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah menggariskan 11 sektor berpotensi untuk dimanfaatkan oleh golongan bumiputera, termasuk industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV), kata Kementerian Ekonomi.

Inflasi Malaysia Diunjur 2.9 Peratus Pada 2025 - Allianz

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia diunjurkan pada 2.3 peratus tahun ini dan 2.9 peratus pada 2025 berbanding unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu antara 2 peratus dan 3.5 peratus bagi 2024, kata Ketua Ahli Ekonomi Allianz SE Ludovic Subran.

JBIC Komited Sokong MITI Tarik Pelaburan Berkualiti Tinggi Dari Jepun - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Japan Bank for International Cooperation (JBIC) komited untuk menyokong Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi dari Jepun, terutama dalam sektor tenaga lestari dan pembangunan industri berteknologi tinggi.

Prospek Ekonomi Malaysia 2025 Agak Optimis Di Sebalik Cabaran Dasar – MIER

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia untuk 2025 kelihatan optimis dengan kombinasi peluang dan cabaran di hadapan, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Kadar Inflasi Terkawal Penting Untuk Pertumbuhan Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kadar inflasi yang terkawal pada 2.0 hingga 3.0 peratus amat penting bagi ekonomi negara untuk terus berkembang kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib hari ini. 

Prudential Assurance, UNIMAS Anjur Bersama Konvensyen Kewangan Siswazah Sarawak

KUCHING, 23 Okt (Bernama) -- Prudential Assurance Malaysia Bhd (PAMB) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan Konvensyen Kewangan Siswazah Sarawak baru-baru ini untuk meningkatkan celik kewangan dalam kalangan siswazah.

Lawatan PM Ke Rusia Perluas Ruang Geo-ekonomi Malaysia, Perkukuh Kerjasama Ekonomi Di Peringkat Global - MITI

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia baru-baru ini adalah langkah strategik kerajaan dalam mengeratkan hubungan Malaysia-Rusia di samping memperluas ruang geo-ekonomi negara, sekali gus memperkukuh kerjasama ekonomi dan kedudukan Malaysia di peringkat global.

Kerjaya Prospek Group Raih Dua Kontrak Bernilai RM34.43 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (Kerjaya) meraih dua kontrak bernilai RM34.43 juta daripada anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Property Bhd (KPPB), syarikat milik pengarah dan pemegang saham utama tertentu Kerjaya.

Capital A Cadang Kurangkan Modal Saham Terbitan Sehingga RM6 Bilion

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Capital A Bhd bercadang mengurangkan modal saham terbitannya sehingga RM6 bilion sebagai sebahagian daripada pelan regularisasi untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17).