8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, didorong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh dan harga minyak kacang soya yang lebih tinggi di Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Pavilion Bukit Jalil menjadikan cuti sekolah ini sebagai sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan menerusi sambutan ulang tahun ke-80 Mattel.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, `28 Mei (Bernama) -- Genting Plantations Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM61.25 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding dengan RM42.83 juta yang direkodkan semasa tempoh yang sama tahun sebelum ini.
8bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat, disokong oleh harga minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata peniaga minyak sawit David Ng.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal dalam julat RM3,750 hingga RM4,050 satu tan pada Mei sebelum kembali pulih secara beransur-ansur, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd (JPG) mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM75.93 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 berbanding RM49.97 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
9bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan tinggi sedikit minggu depan, disokong oleh permintaan kukuh terhadap eksport baru-baru ini, kata peniaga minyak sawit David Ng.
9bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia susut 20.3 peratus kepada 28,712 tan pada Mac 2025 berbanding 36,005 tan pada Februari 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Stok simpanan minyak sawit Malaysia dijangka meningkat sebanyak 15 peratus bulan ke bulan pada Mei 2025 kepada 2.15 juta tan, dipacu oleh pengeluaran yang lebih tinggi, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
9bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa, disokong oleh harga minyak kacang soya yang lebih kukuh dan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin reda, kata pedagang minyak sawit, David Ng.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia pada April meningkat 9.62 peratus kepada 1.10 juta tan daripada 1.01 juta tan pada Mac, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).