BERITA TERKINI   Rombakan Kabinet: Kerajaan mahu beri peluang kepada pemimpin muda untuk memimpin - PM Anwar | Tumpuan saya tahun depan adalah untuk meneruskan reformasi negara dan menyelesaikan masalah penduduk - PM Anwar | Sukan SEA 2025: Harith Danial Jefri-Low Wa Sern raih emas skuasy jumbo beregu lelaki | Sukan SEA 2025: Harith Danial Jefri-Sehveetrraa Kumar rangkul emas skuasy jumbo beregu campuran | Sukan SEA 2025: Harith Danial Jefri-Sehveetrraa Kumar rangkul emas skuasy jumbo beregu campuran | 

Terdapat 200 berita berdasarkan kata kunci carian " margin"

Kluang Coffee Powder Factory Sasar Perolehan RM31.5 Juta Bagi 2025

KOTA TINGGI, 27 Feb (Bernama) -- Pembuat serbuk kopi tempatan, Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd, menyasar untuk meraih perolehan RM31.5 juta pada 2025, meningkat lima peratus daripada RM30 juta tahun lepas, dengan dipacu permintaan kukuh daripada pelanggan di pasaran fizikal dan dalam talian.

Tomei Catat Untung Bersih RM59.5 Juta Setelah Emas Jadi Pilihan Pelaburan Selamat

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pengeluar dan peruncit perhiasan emas bersepadu, Tomei Consolidated Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM59.50 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM46.43 juta pada tahun sebelumnya.

Untung Bersih Guan Chong Naik Kepada RM429.2 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Guan Chong Bhd mencatatkan untung bersih yang lebih tinggi kepada RM429.18 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 (TK2024) daripada RM100.93 juta pada tahun sebelumnya, yang sebahagiannya disebabkan harga jualan produk-produk koko yang lebih tinggi.

Petronas Sedang Tunggu Butiran Terperinci Kerjasama Dengan Petros

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menunggu butiran terperinci perbincangan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak mengenai skop kerjasama antara syarikat minyak nasional itu dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Keuntungan Bersih Affin Bank Naik 26.7 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Affin Bank Bhd meningkat 26.7 peratus kepada RM509.70 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM402.19 juta pada tahun sebelum itu didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi serta hapus kira kerugian rosot nilai kredit yang lebih tinggi sebanyak RM229.6 juta.

Kapasiti Penggunaan Industri Pembuatan Tujuh Negeri Melepasi Kadar Nasional 81.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Sebanyak tujuh negeri melepasi kapasiti penggunaan industri pembuatan bagi kadar nasional pada 81.9 peratus bagi suku keempat 2024 berbanding 79.9 peratus untun tempoh sama pada 2023, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Dagangan Dua Hala Malaysia-Vietnam Naik 4.4 Peratus Kepada US$18.14 Bilion - Duta

HANOI, 25 Feb (Bernama) -- Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Vietnam pada 2024 menokok sebanyak 4.4 peratus kepada US$18.14 bilion (RM83.11 bilion) daripada US$17.38 bilion pada tahun sebelumnya yang memaparkan peningkatan dagangan dua negara anggota ASEAN itu.

Sime Darby Jangka Bahagian Permotoran Hadapi Persaingan Sengit Tahun Ini

PETALING JAYA, 24 Feb (Bernama) -- Sime Darby Bhd (Sime Darby) menjangkakan persaingan sengit dalam bahagian permotorannya tahun ini, berikutan lebihan bekalan kenderaan dari China, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Jeffri Salim Davidson.

Sime Darby Catat Untung Bersih RM305 Juta, Umum Dividen 4 Sen

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Sime Darby Bhd (Sime Darby) mencatatkan keuntungan bersih RM305 juta pada suku kedua berakhir 31 Dis, 2024 (FY2025) berbanding RM2.28 bilion pada suku kedua FY2024.

PCG Catat Untung Bersih RM1.175 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) susut kepada RM1.175 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM1.696 bilion pada tahun sebelumnya.

Untung Bersih Suku Ketiga AmBank Group Susut Kepada RM486.49 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM486.49 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Dis 2024, susut daripada RM543.41 juta pada tahun sebelumnya.

Cahya Mata Sarawak Catat Pendapatan Lebih Baik RM128.19 Juta Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA  LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) naik 12 peratus kepada RM128.19 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (tahun kewangan 2024) daripada RM114.44 juta pada tahun sebelumnya.