Terdapat 163 berita berdasarkan kata kunci carian " sesi awa"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal pada hari dagangan pertama Februari berikutan pelabur memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan global yang meningkat dan tindakan balas susulan tarif Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat sedikit pada sesi awal dagangan Jumaat sebelum susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang positif, kata penganalisis.

Pelbagai Sektor Bakal Raih Sinergi, Pulangan Lumayan Daripada WEF - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Sektor pendidikan, pelaburan, perdagangan, kecerdasan buatan (AI), tenaga, digital antara yang bakal meraih sinergi secara langsung dan pulangan lumayan daripada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.

Minat Belian Ketara, Bursa Malaysia Meningkat Sedikit Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat peningkatan kecil pada sesi dagangan awal Selasa, dipacu minat belian berterusan ketika Presiden Donald Trump dalam ucapan sulungnya, membisu mengenai pengumuman tarif baharu, terutamanya membabitkan China.

PM Anwar Ketengah Agenda ASEAN Di Pentas WEF 2025

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland), 20 Jan (Bernama) -- Sejajar dengan peranan sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengetengahkan suara kolektif negara anggota blok itu di pentas dunia ketika menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives susut dalam sesi awal dagangan pada Isnin.

Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Pagi Dengan Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kerugian pada sesi awal dagangan hari ini dengan ditutup tinggi pada sesi pagi berikutan peningkatan belian dalam kaunter wajaran tinggi utiliti dan perkhidmatan kewangan terpilih.

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada sesi dagangan awal Khamis.

Sentimen Pulih Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun untuk dibuka lebih tinggi pada sesi awal dagangan Khamis, didorong oleh pemulihan sentimen susulan prestasi semalaman Wall Street yang memberangsangkan.

Ringgit Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah sentimen memberangsangkan pelabur berikutan data ekonomi negara maju itu yang mengatasi jangkaan awal, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Akhiri Peningkatan Sesi Awal Untuk Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.  

Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bagi Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi bercampur-campur dalam sesi awal dagangan pada Jumaat.