BERITA TERKINI   MOT kekal sasaran operasi ECRL bermula Januari 2027 - Loke | JPJ perlu beralih kepada pendekatan baharu dalam pelaksanaan sekatan jalan raya - Loke | Tiada tolak ansur terhadap sebarang bentuk penyelewengan dana masjid, surau - Sultan Selangor | Sultan Selangor titah masjid dan surau hendaklah bebas sepenuhnya daripada sebarang pengaruh politik kepartian | ISF Group Bhd mula didagangkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 50 sen, premium 17 sen daripada harga IPO 33 sen, dengan 50.14 juta saham bertukar tangan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives susut dalam sesi awal dagangan pada Isnin.

Pada 9.42 pagi, Januari 2025 susut 2.0 mata kepada 1,565.0, Februari 2025 turun lima mata kepada 1,565.5, Mac 2025 berkurangan 4.5 mata kepada 1,548.0 dan Jun 2025 merosot 1.5 mata kepada 1,560.0.  

Jumlah dagangan sebanyak 1,646 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 36,924 kontrak.

Indeks petunjuk utama FBM KLCI menokok 4.83 mata kepada 1,571.55 selepas 45 minit dagangan dijalankan berbanding 1,566.72 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA