BERITA TERKINI   Jadikan peningkatan mutu pendidikan keutamaan, angkat Malaysia sebagai negara maju - PM Anwar | IKM, KKTM dan MJII dijenamakan semula, dikenali sebagai TVETMARA - TPM Zahid Hamidi | Ekonomi kukuh bolehkan kerajaan beri tumpuan kepada pembangunan rakyat, kesejahteraan sosial - PM Anwar | Projek Jalan Pintasan Semenyih sepanjang 4.3 km dijangka kurangkan kesesakan serius di kawasan sekitar - PM Anwar | Ringgit diniagakan pada 3.9540 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bagi Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi bercampur-campur dalam sesi awal dagangan pada Jumaat.

Pada jam 9.45 pagi, kontrak Januari 2025 susut satu mata kepada 1,598.5, Februari 2025 sebaliknya meningkat 2.5 mata kepada 1,605.0, Mac 2025 tidak berubah pada 1,605.0 manakala Jun 2025 menokok satu mata kepada 1,593.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,008 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,089 kontrak.

Selepas 49 minit dagangan dijalankan, indeks penanda aras FBM KLCI menokok 2.94 mata kepada 1,603.75 daripada paras 1,600.81 yang dicatatkan pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA