5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$122 bilion pada 15 Ogos 2025, berbanding US$121.3 bilion yang direkodkan pada 31 Julai 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih suku kedua SP Setia Bhd yang berakhir pada 30 Jun 2025 susut kepada RM99.8 juta daripada RM295.03 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelum ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Eco World Development Group Bhd, Eco World Perpetual Capital Bhd melancarkan Program Sukuk Wakalah Dinilai kekal dengan nilai nominal berjumlah RM2.0 bilion.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa angka pelaburan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) merujuk secara khusus kepada cadangan pelaburan yang telah diluluskan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Pembelian pesawat Boeing bernilai US$9.5 bilion bagi fasa kedua tidak akan menjejaskan tahap hutang negara serta memberi impak kepada defisit fiskal Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Suntikan modal baharu berjumlah RM116.7 juta daripada setiap pemegang saham pengendali rangkaian mudah alih (MNO) Digital Nasional Bhd (DNB) memberikan rangsangan mudah tunai jangka masa pendek kepada syarikat itu, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Imbangan akaun semasa Malaysia dijangka kekal mencatatkan lebihan antara 1.5 peratus hingga 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Hutang isi rumah Malaysia sebanyak 84.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), paras yang dianggap sesuai dengan keadaan ekonomi negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Jumlah bersih dana yang telah disalurkan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi membiayai bayaran hutang dan memenuhi komitmen syarikat berjumlah RM42.17 bilion setakat 31 Julai 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Jumlah rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$121.3 bilion (US$1=RM4.218) pada 31 Julai, 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Semua komitmen pembelian dan pelaburan yang ditawarkan oleh Malaysia dalam rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) adalah urusan komersial oleh syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tanpa melibatkan sebarang dana awam mahupun menambah beban fiskal atau hutang negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Sejumlah 168,967 pemegang akaun ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) atau 2.6 peratus daripada keseluruhan 6.5 juta pengguna mempunyai baki tertunggak setakat 30 Jun, 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.