BERITA TERKINI   Bursa sasar permodalan pasaran IPO RM28 bilion tahun ini daripada RM27.4 bilion pada 2025 dengan tumpuan kepada penyenaraian yang lebih besar dan berkualiti tinggi - Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia | Kerajaan sedang gubal Akta Keterjaminan Makanan Negara, asas perundangan kukuh pelihara kedaulatan makanan - TPM Fadillah | Dasar Keterjaminan Makanan Negara (DKMN) 2030 pacu transformasi sektor agromakanan negara - TPM Fadillah | RM254 juta diperuntukkan bagi program pembangunan koperasi tahun ini, tertinggi sejak penubuhan gerakan koperasi pada 1922 - Steven Sim. | Ladang Solar KLIA dijangka kurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 35,000 tan setahun - Fadillah | 

Eco World Lancar Program Sukuk Wakalah Kekal Bernilai RM2.0 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Eco World Development Group Bhd, Eco World Perpetual Capital Bhd melancarkan Program Sukuk Wakalah Dinilai kekal dengan nilai nominal berjumlah RM2.0 bilion. 

Keseluruhan program bernilai RM2.0 bilion itu dijamin oleh EcoWorld dan diberikan penarafan kredit akhir  A IS(CG) dengan prospek stabil oleh MARC Ratings Bhd.

Syarikat itu berkata anak syarikat berkenaan berjaya memuktamadkan terbitan pertama di bawah program itu, sekali gus mengumpul RM800 juta, menurut makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Hasil daripada terbitan sukuk kekal bernilai RM800 juta itu akan digunakan oleh EcoWorld dan entiti kumpulannya bagi keperluan modal kerja, pelaburan, pengambilalihan dan perbelanjaan modal; pembiayaan semula atau pembayaran balik hutang sedia ada atau pembiayaan patuh Syariah pada masa depan; dan/atau tujuan korporat am, katanya.

“Terbitan sukuk kekal bernilai RM800 juta itu merangkumi dua tranche. Tranche 1 berjumlah RM550 juta diterbitkan dengan kadar tetap dan tidak boleh ditebus selama tujuh tahun, dengan tarikh penebusan pilihan pertama selepas tujuh tahun.

“Tranche 2 pula bernilai RM250 juta, diterbitkan dengan kadar tetap dan tidak boleh ditebus selama 10 tahun, dengan tarikh penebusan pilihan pertama selepas 10 tahun,” katanya.

-- BERNAMA