3bulan ago
KUCHING, 20 Okt (Bernama) -- Syarikat milik penuh kerajaan Sarawak, SMD Semiconductor Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Korea Selatan Rebellions Inc, pembuat cip kecerdasan buatan (AI) terkemuka untuk memajukan reka bentuk cip AI dan pembangunan semikonduktor sekali gus meletakkan Sarawak di barisan hadapan landskap AI yang berkembang pesat di Asia.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) hari ini melancarkan Anugerah Eksport Negara (NEA) 2025 bagi mengiktiraf pengeksport Malaysia yang cemerlang.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan ditutup rendah hari ini, diasak tekanan jualan meluas merentasi kebanyakan sektor terutamanya dalam produk dan perkhidmatan perindustrian, pembinaan dan utiliti, melibatkan kaunter wajaran tinggi.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih tinggi, didorong oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun terdapat sentimen berhati-hati susulan prestasi semalaman Wall Street yang suram.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Maybank menjalin kerjasama untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama global.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini dengan keuntungan dilihat merentas kebanyakan sektor, diterajui oleh pembelian di kaunter wajaran tinggi terutamanya dalam telekomunikasi, utiliti dan produk pengguna.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya apabila ditutup lebih tinggi hari ini, seiring prestasi memberangsangkan pasaran serantau susulan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah di pasaran meluas.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya merealisasikan pelaburan mencecah RM58.39 bilion serta mencipta hampir 16,000 peluang pekerjaan bagi tempoh sehingga September tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi berkata sistem BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berfungsi dengan lancar dan stabil dengan lebih 11 juta rakyat Malaysia telah menikmati harga RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter setakat 13 Okt, 2025.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) – Usaha inovasi lanjut dalam penyelesaian teknologi dan kerjasama kukuh antara sektor awam dan swasta sememangnya diperlukan bagi mencapai matlamat ketersambungan nasional, kata EdgePoint Infrastructure yang juga penyelesaian infrastruktur telekomunikasi.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd akan terus menyokong agenda pelaburan strategik kerajaan dalam bidang keutamaan seperti semikonduktor, peralihan tenaga dan nadir bumi selain menggalakkan kerjasama antara syarikat tempatan dan rakan kongsi multinasional dalam sektor semikonduktor
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.0 hingga 4.5 peratus pada 2026 dibuat dengan mengambil kira persekitaran ekonomi dunia yang sedikit perlahan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.