BERITA TERKINI   Virus Nipah: Warga Malaysia yang sedang melancong ke India atau berada di India disaran mengambil langkah berjaga-jaga dan mengamalkan kebersihan diri yang baik | 

Terdapat 305 berita berdasarkan kata kunci carian " bon"

Bursa Malaysia Kekalkan Prestasi Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal sedikit tinggi semasa tengah hari pada Rabu, didorong oleh aktiviti pembelian berterusan di kaunter berwajaran tinggi terpilih, terutama dalam sektor perkhidmatan kewangan serta telekomunikasi dan media.

Unit Yinson Terbit Bon Projek US$1.168 Bilion Untuk Pembiayaan Semula Kapal FPSO

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, Yinson Production, berjaya menerbitkan bon projek bernilai US$1.168 bilion (US$1 = RM4.20) untuk pembiayaan semula kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) Maria Quitéria.

OPR Dijangka Turun 25 Mata Asas Pada Separuh Kedua - HLIB

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan pendirian berhati-hati dan bertindak mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada separuh kedua 2025.

Ringgit Dibuka Teruskan Momentum Mengukuh, Dolar AS Kekal Lemah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini, didorong oleh prestasi mata wang negara maju itu yang kekal lemah pada masa ini.

Public Mutual Umum Agihan Lebih RM109 Juta Bagi Lima Dana

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual telah mengisytiharkan pengagihan berjumlah lebih RM109 juta bagi lima dana pada 30 Jun, 2025. 

Kedudukan Mudah Tunai Sistem Perbankan Malaysia Kekal Kukuh Pada Mei - BNM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kedudukan mudah tunai sistem perbankan kekal kukuh pada Mei untuk menyokong pengantaraan kewangan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana dalam kaunter kewangan dan telekomunikasi terpilih yang mengehadkan peningkatan.

Ringgit Kukuh, Perubahan Fed Boleh Dorong Kemasukan Modal Ke Malaysia

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia boleh menarik aliran masuk modal baharu dalam pasaran bon dan ekuitinya, disokong oleh ringgit yang lebih kukuh dan kemungkinan perubahan dalam dasar monetari Amerika Syarikat (AS).

Gamuda Catat Keuntungan Bersih Tinggi Pada Suku Ketiga, Isytihar Dividen 10 Sen

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Gamuda Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM671 juta pada suku ketiga berakhir 30 April, 2025, meningkat lima peratus tahun ke tahun, dipacu oleh prestasi kukuh dalam projek pembinaan domestiknya.

AIA Malaysia Perkukuh Program Pembangunan Bakat Seiring Perkembangan Digital

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Dalam era pendigitalan ketika ini ejen insurans perlu meningkatkan kecekapan digitalnya, bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan memanfaatkan platform komunikasi dalam talian untuk mengharungi cabaran yang muncul serta beralih daripada tradisi berinteraksi secara bersemuka. 

Ringgit Terus Meningkat Selepas Fed Beri Petunjuk Kekalkan Kadar Faedah

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum kenaikan untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Rabu selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah, sebaliknya memilih untuk memantau hala tuju ekonomi, kata penganalisis.

Agenda Pembaharuan Ekonomi MADANI Buahkan Hasil - PM Anwar

PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) -- Agenda pembaharuan Ekonomi MADANI yang dilaksanakan kerajaan kini telah membuahkan hasil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.