9bulan ago
PERTH, 26 Mac (Bernama) -- British Airways bersedia untuk menyambung semula operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan harian Boeing 787-9 antara London Heathrow dan Kuala Lumpur bermula 2 April, 2025, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat semasa awal dagangan pada Rabu.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan momentum yang lebih lemah dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunannya untuk hari ketiga berturut-turut pada Selasa.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila data ekonomi AS yang positif telah mengukuhkan mata wang negara maju itu.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas mencatatkan penurunan semalam dan disokong oleh petunjuk positif daripada Wall Street semalaman.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh pembelian dalam saham perbankan wajaran tinggi dan telekomunikasi dalam persekitaran sentimen pasaran yang bertambah baik.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana isyarat bercampur daripada Presiden AS, Donald Trump yang mencadangkan bahawa negara tertentu mungkin menerima pengecualian tarif apabila tarif timbal balik berkuat kuasa pada 2 April depan, meningkatkan minat untuk aset berisiko.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan pengumuman tarif AS yang akan datang pada 2 April dijangka lebih selektif dan bersasar berbanding yang dijangkakan pada awalnya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Subsidiari milik penuh firma pembinaan Nestcon Bhd, Nestcon Infra Sdn Bhd (NISB) tekah memperoleh kontrak berbilai RM100 juta untuk kerja-kerja tanah di Mukim Kerling, Hulu Selangor.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika kebimbangan mengenai tindak balas terhadap tarif yang dijangka berkuat kuasa pada 2 April yang hanya menjadikan pelabur lebih berhati-hati.