BERITA TERKINI   Pasukan daripada pengendali lapangan terbang dan syarikat penerbangan akan terus memantau situasi bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar - MAHB | Penyedia sistem telah memulihkan sepenuhnya sistem pemprosesan penumpang global di semua lapangan terbang - MAHB | Operasi daftar masuk dan menaiki pesawat di seluruh lapangan terbang MAHB telah kembali beroperasi seperti biasa - MAHB | Pelancong dinasihatkan mengikuti panduan daripada pasukan syarikat penerbangan dan lapangan terbang di terminal, menyemak dengan syarikat penerbangan untuk maklumat terkini jadual penerbangan - MAHB | Situasi di semua lapangan terbang kami diuruskan dengan teliti, keselamatan dan keselesaan penumpang terus menjadi keutamaan - Malaysia Airports | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan pengumuman tarif AS yang akan datang pada 2 April dijangka lebih selektif dan bersasar berbanding yang dijangkakan pada awalnya.

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata korelasi asas di sini adalah jelas: semakin agresif tarif yang dikenakan, semakin besar potensi kesan ekonomi dan ia meningkatkan kemungkinan pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) lebih awal, yang seterusnya menyokong harga emas.

"Dengan nada tarif yang kelihatan lebih terkawal, sebahagian daripada momentum kenaikan dalam logam berharga itu semakin berkurangan, mencetuskan penurunan semula harga yang sederhana," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2025 turun kepada US$3,031.80 setiap auns troy daripada US$3,034.20 setiap auns troy pada Jumaat, manakala April 2025 susut kepada US$3,041.70 setiap auns troy daripada US$3,044.10 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 semuanya menurun kepada US$3,051.70 setiap auns troy daripada US$3,054.10 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada lima lot daripada 17 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka susut kepada 73 kontrak daripada 87 kontrak sebelumnya.

Menurut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 21 Mac, harga emas fizikal berada pada US$3,013.70 setiap auns troy.

-- BERNAMA