BERITA TERKINI   MOT laksana larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik mulai 19, 20, 28 dan 29 Mac sempena Aidilfitri | Harga minyak mentah global kini melebihi US$100 setong, Kerajaan kekal RON95 bersubsidi RM1.99 seliter - Kementerian Kewangan | Gas Malaysia akan bangunkan terminal LNG Yan selepas kelulusan Suruhanjaya Tenaga | Ringgit meningkat kepada 3.9145/9205 berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini, daripada 3.9155/9200 pada Selasa | Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di Pulau Pinang adalah persinggahan sementara bagi urusan logistik- Khaled Nordin | 

Nestcon Raih Kontrak Kerja-kerja Tanah RM100 Juta Di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Subsidiari milik penuh firma pembinaan Nestcon Bhd, Nestcon Infra Sdn Bhd (NISB) tekah memperoleh kontrak berbilai RM100 juta untuk kerja-kerja tanah di Mukim Kerling, Hulu Selangor.

Nestcon melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata kontrak dari Alam Casana Sdn Bhd itu membabitkan kerja-kerja tanah yang meliputi 242 ekar sebagai sebahagian daripada pembangunan Beringin High Tech Auto Valley seluas 800 ekar, yang dinaungi oleh Chery Smart Auto Industrial Park berkeluasan 200 ekar di Lembah Beringin.

"Pembangunan ini bertujuan untuk mewujudkan perbandaran automotif bersepadu yang akan menarik bakat, pelaburan serta inovasi, menjadikan Hulu Selangor sebagai hab serantau untuk pembuatan automotif dan teknologi canggih automotif bertaraf dunia," kata Nestcon. 

Projek itu akan bermula pada 3 April 2025 dan dijadualkan siap menjelang 2 Julai 2026, dengan tempoh liabiliti kecacatan selama 24 bulan.

"Penerimaan NISB terhadap projek itu dijangka memberi kesan positif kepada aset bersih syarikat sesaham, pendapatan sesaham dan penggearan sepanjang tempoh projek," kata Nestcon.

 Nestcon tidak menjangkakan apa-apa risiko melampaui cabaran operasi biasa. 

"Bagaimanapun, syarikat itu akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi mengurangkan risiko apabila ia berlaku," katanya lagi.

Ia juga mengesahkan bahawa tiada pengarah atau pemegang saham utama mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.

-- BERNAMA