BERITA TERKINI   UMNO pertimbang usul cadang penggantungan keahlian Hishammuddin Hussein ditarik balik - Khaled Nordin | Majlis Media Malaysia platfrom terbaik uruskan isu etika kewartawanan - Fahmi | Jadual tarif elektrik baharu yang progresif bukti reformasi besar negara terhadap kecekapan tenaga, kurangkan kos pengguna - Fahmi | Lantikan Nurul Izzah, Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR beri kelebihan parti itu berdepan pilihan raya akan datang - Fahmi | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan momentum yang lebih lemah dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Pada akhir dagangan, kontrak semerta bulan Mac 2025 menurun kepada US$3,023.90 setiap auns troy daripada US$3,031.80 setiap auns troy pada Isnin, manakala April 2025 menyusut kepada US$3,033.70 setiap auns troy daripada US$3,041.70 setiap auns troy sebelumnya. 

Kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 semuanya merosot kepada US$3,043.70 setiap auns troy daripada US$3,051.70 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan melonjak kepada 27 lot daripada lima lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 93 kontrak daripada 73 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association (LBMA) pada 24 Mac, harga emas fizikal berada pada US$3,007.75 setiap auns troy. 

-- BERNAMA