Terdapat 883 berita berdasarkan kata kunci carian "perjanjian"

Destini Peroleh Dua Kontrak SMH Rail Bagi Baik Pulih Komponen Kereta Api Elektrik

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Trovon Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung Destini Bhd, telah memeterai dua perjanjian bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih komponen kereta api elektrik bagi 58 set tren yang beroperasi untuk Laluan 1 (Sungai Buloh-Kajang) Transit Aliran Massa (MRT).

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Sawit : Perjanjian MEEPA Bantu Malaysia Raih Akses Pasaran Pilihan, Diiktiraf - KPK

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih akses pasaran pilihan dan diiktiraf bagi minyak sawit lestarinya susulan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (MEEPA) pada 23 Jun lepas.

IGB REIT Cadang Pengambilalihan RM2.65 Bilion MVS Mall Di Johor

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- IGB Real Estate Investment Trust (IGB REIT) bercadang untuk mengambilalih The Mall, Mid Valley Southkey (MVS Mall) di Johor Bahru berharga RM2.65 bilion.

Uni Enrol Jalin Kerjasama Dengan GEA Perluas Capaian Global

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Uni Enrol, platform pendaftaran pelajar dalam talian terbesar di Malaysia menjalin kerjasama dengan Global Education Alliance (GEA) bagi memperkukuh kedudukannya sebagai hab serantau bagi akses pendidikan tinggi.

Petronas Diminta Pertimbang Melabur Semula Di Uzbekistan - TPM Fadillah

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 24 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) diminta untuk mempertimbang melabur semula di Uzbekistan bagi merancakkan sektor minyak dan gas di republik tersebut. 

MEEPA Bantu Pengeluar Malaysia Tembusi Pasaran Eropah - FMM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia (MEEPA) Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) yang dimeterai semalam akan memberi kelebihan daya saing dan peluang yang stabil kepada pengeluar Malaysia menembusi pasaran Eropah yang bernilai tinggi, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Pembangunan Kota MADANI Bernilai RM4 Bilion Bermula Suku Ketiga Tahun Ini

PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Pembangunan Kota MADANI di Presint 19 di sini yang menempatkan kuarters kerajaan akan dilaksanakan secara berfasa dijangka bermula suku ketiga tahun ini dengan kos pembangunan dianggarkan berjumlah RM4 bilion.

Aircraft Propeller Service Buka Kemudahan MRO Pertama Asia Di Shah Alam

SHAH ALAM, 24 Jun (Bernama) -- Aircraft Propeller Service (APS), peneraju global dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kipas pesawat, hari ini membuka kemudahan baharunya di Shah Alam, Selangor, menandakan pusat MRO pertamanya di Asia.

MBINS Dan SD Guthrie Meterai Usaha Sama Bangun Zon Bebas Port Dickson

SEREMBAN, 24 Jun (Bernama) -- SD Guthrie Bhd dan Menteri Besar Negeri Sembilan Permerbadanan (MBINS) akan menjalin kerjasama membangunkan Zon Bebas Port Dickson (PDFZ) di Pasir Panjang, Port Dickson dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM1 bilion.

Malaysia Meterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Dengan Switzerland, Norway, Iceland Dan Liechtenstein

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia dan negara anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) memeterai perjanjian perkongsian ekonomi yang membuka lembaran baharu bagi hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Switzerland, Norway, Iceland dan Liechtenstein.

Petronas LNG, JOGMEC Dari Jepun Meterai MOC Perluas Kerjasama Sektor LNG

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Petronas LNG Sdn Bhd (PLSB), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), telah memeterai perjanjian strategik gas asli cecair (LNG) dengan Japan Organisation for Metals and Energy Security (JOGMEC) dari Jepun.