9jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pelan Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) mesti dilaksanakan secara strategik, disertai infrastruktur sokongan dan ketersambungan pengangkutan awam, kata Institut Pengangkutan Malaysia (MiTRANS).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- BMI, unit Fitch Solutions, mengekalkan unjuran harga minyak mentah Brent pada purata tahunan US$68 setong bagi 2025 dan US$67 setong bagi 2026, turun daripada US$80 setong pada 2024.(US$1 = RM4.21).
3hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran kenaikan semalam untuk ditutup tinggi pada Khamis seiring dengan niaga hadapan getah serantau susulan kembalinya pembeli dari China ke pasaran ketika harga minyak mentah kekal stabil, kata seorang peniaga.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) --Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menyasarkan RM2 bilion dalam aset di bawah pengurusan (AUM) menjelang akhir 2026 di bawah Skim Insentif Pejabat Keluarga Tunggal (SFO) selepas menerima 30 penzahiran minat sejak skim itu dilancarkan pada September 2024.
8hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan, disokong oleh unjuran output yang lemah.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pasaran sedang pesat membangun dijangka menjadi enjin utama pertumbuhan pada masa depan, dengan rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Asia Selatan, Asia Timur dan Pasifik dilihat sebagai mempunyai potensi yang besar, demikian menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).
19hari ago
Oleh K.Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini susulan tertekan oleh kejatuhan harga minyak, kata seorang peniaga.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan antara RM4,200 dan RM4,500 satu tan metrik dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh bekalan boleh eksport lebih terhad dan sentimen positif dalam pasaran minyak sayuran, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
20hari ago
Oleh K.Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini seiring dengan aliran peningkatan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
22hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan disebabkan prestasi eksport yang kukuh baru-baru ini, kata seorang peniaga.
24hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) hari ini mengumumkan pengembangan firma teknologi kewangan (fintech) Malaysia, BerryPay (M) Sdn Bhd ke pasaran Algeria menerusi kerjasama strategik dengan DIGITEC, anak syarikat ABD Invest Algeria Group.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memulakan pusingan pertama rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Disember depan, kata Ketua Setiausaha MITI Datuk Hairil Yahri Yaacob hari ini.